SUMber KeJADIAn SPErma

Selasa, 14 Mei 2013

AnysSyuhada

Bercinta nampak macam mudah, nampak macam senang main lafaz suka sayang rindu menci dan sebagainya, tp hakikat bercinta itu susah.
 Susah bila kepercayaan dan kejujuran itu mudah diabaikan walaupun tanpa niat. Kepercayaan adalah ramuan utama untuk bercinta sama seperti memasak nasi minyak, nasi kerabu atau air milo. Ramuan utama semua nasi itu sudah tentulah nasi, tanpa nasi, tak kan jadi nasi minyak, kerabu atau ape segala lancau tu. Tanpa kepercayaan tak kan dapat semua apa yang drama tv selalu tunjuk iaitu Cinta. 
Cemburu juga adalah resmi semasa bercinta, kalau tiada cemburu, kau buto kan saje name percintaan kau tu. Cemburu sangat penting kerana dengan rasa cemburu ni akan buat hubungan kita menjadi lebih rapat dan lebih djauhkan. KAHKAH
Apepun, ILOVeYOU.. ye YOU! ape pun gua buat, hanya kau je dalam hati ni. believe me. <3 div="">
-AnysSyuhada-
Im try ma best!

Isnin, 25 Mac 2013

Serpihan Kaca di Dada

Angin sejuk mula dihembus sedikit demi sedikit dan kesejukan itu menyelubungi diri seorang gadis bawah umur tetapi jiwa seperti ulat beluncas yang baru menjadi rama-rama, semangay untuk terbang dan mencari apa itu erti hidup.

ok, dahla, gua update ni sementara tunggu game CandyCrush LOADING, game yang sering jadi bualan awek-awek dan jejaka jejaka yang ketandusan aktiviti tatkala hidup ni. So, dah habis loading, gua nak main. Ok..


Selasa, 5 Mac 2013

MISSING YOU dan MISSING PEOPLE tak sama

Tahukah anda,sejak dua menjak ini, statistik perempuan hilang sekarang melebihi statistik bendera parti politik yang di pacak berkibaran di udara sekarang?
Kenapa mesti hilang? kenapa mesti perempuan? kenapa mesti ikut lelaki? kenapa mesti baucer buku 250 sahaja? kenapa mesti liverpool di tangga ke 7 sekarang?

Apa yang gua nak ceritakan ni bukanlah nak acah acah ejen perisik atau pasukan bomba berseluar celoreng yang semangat juang tinggi. Tapi hanya sebagai peringatan seorang jejaka kepada adik awak, akak awak dan juga akak angkat atau bakal awek awak semua.

Jangan mudah percaya kata kata orang yang baru dikenali, tak kirala jiran lu ke, jiran kanan kiri ke, kawan mak ke, atau justin bieber sekalipun yang ajak keluar, percayala memang die bukan justin bieber, sebab bodohlah die ajak lu keluar, selena gomez nak letak mana.

kalau hanya dengan BR1M rm500 yang dijanjikan kepada lu semua, agar boleh hidup bahagia selama setahun, janganla sesuka hati ikut, keluar dan serahkan no telepon.

Dan, janganlah lu ikot si dia yang dicintai di sayangi ketat ketat sehingga ke lahad datu, kononya teman semasa berperang di sana, si bagang sahaja yang bawak awek pergi berperang, walaupun masa usya, hujan emas, lautan api dan gunung everest dijanjikan sehidup semati.

Ingat kedua ibubapa kita, ingat keluarga, tak ingat diorang, lu tgkla cermin, mesti ade iras2, kalau ayah ade tahi lalat kat hidung, memang kurang probability tahi lalat lu kat hidung, cume adela tahi lalat kat memana. OK ini dah merepek.

So?jagalah diri. Sayangi diri sendiri dan sayangi keluarga anda.

Isnin, 21 Januari 2013

CARA MEMOHON REBATE SMARTPHONE RM200



Semakin dekat PRU13, semakin meningkat prestasi liverpool dengan pembawakan Daniel Sturidge ke Liverpool menjadikan Liverpool semakin digeruni. Ok? nampak tak, takda kaitan antara Liverpool dan PRU13.

Zaman yang harus dikelilingi awek ini, mustahil bagi seseorang homosapien bernama manusia tidak memiliki smartphone! semakphone bukanlah tatabahasa baru dalam dunia bahasa kala ini. Semakphone la mampu menjadikan kita ni, terutama rakyat Malaysia mampu bersaing dan berfikiran terbuka seperti mereka mereka di luar sana. On je WIFi, On je Bluetuuuuth semua maklumat semua video dari yang berpakaian terus ke bogelan mampu di simpan. Kehadiran semakphonne dalam kamus hidup manusia zaman sekarang menjadikan masa depan HOTLINK, CELCOM, DIGI UMOBILE dan masa depan PUBLIC PHONE berada pada tahap kritikal. Kalau dulu, bila nak beli simkad, kene tengok awek dulu pakai no maxiss ke celcom ke, kalau awek pakai maxis, kene la beli no maxis, baru boleh sms manja manja, buat pangilan berahi tanpa risaukan kredit yang mahal kene telan. Lagi sweet, beli no sama je pangkal, beza belakang je, bajet macam APEK LEUNIEY kononyee sweetnye, padahal beli SIMKAD je.. kehkeh

Sekarang, pakaila no Indonesia, brazil atau no sekalipun, awek pakwe berada di luar kawasan pon, dengan aplikasi semakphone, sesiapa sahaja boleh berhubung dengan wazapp la, BBm la, Viber la, TANGO la, g stringla..kahkah takperlu risau tentang kredit kene telan ke bagai.. semudah ABC ...

Oleh itu, usaha kerajaan untuk menjadikan rakyat malaysia hidup seiring dengan teknologi, " REBATE RM200" akan diberikan kepada mereka yang berumur 21-30 tahun untuk membeli ape jua jenis smartphone.

Bagi mereka yang masih tak tahu mana nak mohon bagaimana nak dapatkan rebate ini dan masih ketinggalan zaman seperti duduk dalam gua, bolehla ke laman web berikut :

https://komunikasibelia.skmm.gov.my/

Bila tanya tentang laman web gadis ini, gadis itu, laman web video itu, video ini, budak baru belajar pakai kasut ikat guna tali pon boleh tahu. Tapi takpa, gua dah beri lu Link untuk memohonya. Bila dah mohon, cek kat bawah sekali entri ni.

SIAPA CEPAT DIA DAPAT!
dan pada sesiapa yang dah berjaya memohon, tamat tempoh untuk menebus REBATE itu adalah selama 1Bulan dari tarikh permohonan. Lu boleh ke laman web berikut untuk mengetahu promosi dari setiap syarikat telekomunikasi tentang rebate RM200 ini :

MAXIS :  
CELCOM :
DIGI : 
TUNETALK : 
CLIXSTER : 
YES :  


AKHIR kata , orang memberi,kita terima, apabila tiba waktu mengundi?IKUT SUKA..hehe






Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails