SUMber KeJADIAn SPErma

Ahad, 20 Mei 2012

Si Bibir Merah

googlee


kenapa gua susah buat keputusan untuk memuaskan nafsu diri gua nie?
kenapa gua susah buat keputusan untuk memilih si dia atau si dia?
kenapa gua susah buat keputusan untuk berak di tandas cangkung atau tandas duduk?
kenapa gua susah buat keputusan untuk makan guna tangan kanan atau guna sudu dan garfu?
kenapa gua susah buat keputusan dengar lagu dan nyayi sendiri daripada gua buat album sendiri?

benda nie memang ada dalam diri gua sebagai manusia bernama asmara* nama tipu..

jadi gua berusaha untuk kaitkan masalah gua ni dengan apa yang berlaku masa gua nak beli air dekat stesen minyak yang bila dah jam 11.00 malam, dia kan kunci pintu dari luar. Macam gigi kita, bila bangun pagi, atau nak tido, mesti kita akan capai berus gigi dan gosok gigi. Sama seperti situasi stesen minyak ni, bila dah 11.00 malam, dia akan kunci kedai dari dalam dan hanya komunikasi macam pelawat dengan banduan di kaunter luar.

Jadi, gua yang kehausan dahagakan kasih dan belaian dari dua orang wanita serentak cuba berkomunikasi dengan abang dekat kaunter tu dari luar. dengan gua memegang watak sebagai pelawat, dan brader tu banduan dalam bilik kaca.

"bro, nak air "fanta" merah.
"haaa???fanta? ape tu.." ( gua harap dia tahu air kencing tu ape) = ="

dia cari cari dan cari, gua dah syak, dia memang tak tahu apa itu air fanta atau tiada air jenama fanta dalam peti ais saiz XXXLL . Jadi gua segera buat hipotesis, semakin lama brade tu cuba cari air fanta gua, semakin haus tekak gua, dan semakin gua rasa nak tumbuk orang.

Dengan nada manja, gua cakap, bro, amik jela air mirinda merah. Jarak aku dengan brader tu adalah dalam 15 meter. So, gua harap dia dengar. Tiba-tiba, dia bawak air F&N meraah, bro! gua nak mirinda merah, ini F&N merah. Lantas dia patah balik dan gua rasa dia nak baling je muka gua dengan botol F&N merah tu, tapi gua duduk luar. Gua terselamat.

Dia bawak mirinda merah, dah gua hulurkan note RM2.00 dan gua flying kiss brader tu dan gua belah.

Ok, dalam perjalanan, gua terfikir..
kenapa gua nie memilih?

1. Mula mula gua dahagakan Fanta MERAH
2. Gua tukar Mirinda MERAH.
3. Brader tu bawak F&N MERAH.

apa yang gua memilih sangat, amik jela F&N merah, MERAH jugak kan? warna merah jugak? rasa strawberi jugak? dalam botol jugak? air jugak bukan makanan ?

kenapa gua mesti nak yang Fanta MERAH jugak?
gua masih berfikir, dan gua akan post apa jawapan gua..

googleee


Khamis, 17 Mei 2012

INDAHNYA Tg Malim walaupun tiada panggung wayang

kawan kawan gua dan ikan,
gua tengah amik gambar..so, takda dalam gambar..=)
pernah tak lu terfikir berada dalam cerita RAMBO 4? berada dalam situasi ALIEN vs PREDATOR? dalam suasana ANACONDA! PIRANHA?! A TEAM?! JURASIC PARK? UNDERWORLD?! dan ZOMBIE kg PISANG??? pernah tak?
gua rasa lu pernah cuma lu tak ada bgitau aku dan mungkin berpendapat cerita benda bohong dan merepek ini satu perkara yang sia sia dan kadang kadang buat orang rasa lu ni magnetik yang berada dalam suasana hipokrit.

tapi gua tetap tak kisah semua tu, gua memang betul betul berada dalam suasan macam tu woi!
semalam jam 8 masuk hutan yang gua tak tahu namanya, LUBUK KAWAH mungkin, 8 malam masuk dengan menjadi beban kepada rakan taulan, menumpang motor mereka untuk ke misi menembak ikan.

gila la! gua dahla trauma, sebab petang tu gua memandu motor dalam hutan tersebut, tiba tiba ..
ZzzzzZoooommm!vrroomm!! eeokkk!! nampak tak effek bunyi yang aku buat? memang tak seram, tapi itu la yang gua nak gambarkan tentang tiba tiba sekeluarga babi hutan lintas jalan depan gua da rakan! gila babi punya babi! mula-mula sekor besar coklat dan tak menawan melintas! gila terperanjat, lantas merembeskan segala hormon LDH, HL, hormon adrenaline, growth hormone, oxytocin, progestrone, insulin dan semua laa! gila nampak babi hutan kot.. jadi gua terus laju! bila gua laju je, tiba tiba, melintas lagi sekumpulan babi yang gua tahu ia adalah jenis babi hutan gred C, melintas belakang motor gua dan seterusnya terus melintas! bapak ahh! gua harap lepas ni, JKR kena buat traffiq light dalam hutan untuk babi hutan yang jenis melintas, berlari jenis tak tengok kiri kanan .. kalau ada lamborghini dekat depan pun dia sodok!

sikit lagi kot motor kena sondol! gilaa ah! gila ah babi! babi! haha

ok, lupakan pasal babi, dan terus kepada perjalanan misi menembak ikan gua.

gila la, turun bukit naik bukit, turun gunung, naik gunung, redah lautan, redah tasik, masuk lumpur, panjat ganang, berenang, rafting dan berkayak ada dalam 40 minit baru sampai kot! sampai je kami semua bebaskan diri dengan beberapa batang rokok seludup murah dan berpatutan, eh! bukan KAMI, mereka.. saya tak hisap punnnn! =) ngurat la saya,, sebab tak hisap rokok cepat..ahaha

siap set up semua senapang, tukar pakaian semua bawak semua segala bagai.. kami mulakan misi menembak ikan, gila power member member gua nie, gua bukan tak power, cuma gua memang tk pernah maen benda tembak2 ikan, kalau maen tembak tembak macam Counter Strike condition zero ke, Half life ke ape jadah game pernah la! yang gua tahu, bila sebut pasal ikan adalah memancing, menjala dan membela ikan.. tak pernah gua terfikir tentang tatabahasa MENEMBAK ikan..

gua mana boleh tahan kalau tengok je, gua bukan MAT SAJE, jadi gua gagahkan diri untuk mencuba, lu bayangkan la, dalam jam 10 maen selam2 dalam sungai yang 15km jauh dari awek, kawan kawan dan dekan Unversiti, yang ada hanyalah bunyi air menghempas batu, cengkerik berlaga sesama sendiri dan ungas bermain dengan kelawar..

berbekalkan sehelai lampu suloh, google dan ceracak ( kata org kelantan ) gua pun selam, selam dan selam..
yeah! memang hebat pengalaman berada dalam air waktu2 waktu orang berasmara dana macam nie..

ok! kawan kawan semua dan dapat 5 6 ekor sorang, gua masih mencari dan menyelam! akhirnya! gua nampak ikan main nyorok tepi batu.. gua dengan gelojoh tanpa baca doa makan, gua selam dan ZZZzzzzzuuuppp! bunyi ceracak gua lepaskan ke arah ikan!

arghhh! hampir!memang hampir! tak percaya tanya ikan tu...errmmm
tak kena..
ok bai...

terima kasih kawan kawan yang sudi bagi gua peluang! dan tumpangkan gua..=)
muah kiss kat dahi..=P




indahnye tg malim..


Selasa, 8 Mei 2012

wordless RABUday IV!

gua dah lama tak tulis entri tentang WORDLESS WEDNESDAY katanyaaa...!

tapi tiba tiba, hari nie, gua ada benda nak tulis..


ada awek nama 

"RABUNAH!"

sesuai kot dengan wordless wednesday ni..kehkehkeh

gua rasa dia cun..denga kaca mata dia..ok babai


Hilang dalam bayang bayang



gua tangisi kehilangan "jam tangan casio" jam yang diberi oleh ayahanda, jam yang masih megekalkan waktu waktu untuk gua pastikan perjalanan hidup gua sebagai insan bergelar mahasiswa untuk belajar, bersosial dan berlaman sosial. Jam yang gua gunakan untuk melihat waktu azan, waktu masuknya waktu berbuka, masuknya waktu tidor, masuknya waktu ke kelas, dan jam untuk gua tengok tarikh sesuai ponteng kelas dan tengok dragon ball z.

Belum sempat gua berkabung untuk meratapi kehilangan jam hitam ini, gua dikejutkan dengan berita kehilangan kasut futsal "joma". Ya! gua tak pandai main futsal, setakat buat gol 3 4 biji dalam satu perlwanan itu memang biasa. Kehilangan kasut futsal dan jam casio gua menjadikan gua seorang yang pasif tanpa arah untuk ke hadapan belakang kiri atau kanan. kadang kadang, bila gua teringin nak memuaskan nafsu perut ini dengan hanya nasi puteh dan telur dadar, gua TERpergi KFC. kadang-kadang gua nak ke kelas, gua TERsikat rambut. Kadang-kadang gua nak ngurat awek, TERngurat bekas awek.. ini semua bukan kehendak naluri dan jasmani gua. Tapi, semua kerana kehilanganya.

gua cuba, gua cuba mengembirakan hati dan jiwa ini dengan menonton siri "harry potter" dari siri 1 sampai 4, dan gua percaya 5 6 dan 7 akan gua habiskan sebelum gua habis semester. YA! memang semua sibuk cerita tentang kehebatan cerita "the avengers". " battleship" , "upin ipin datang lagi", "janda melaka va va voom". Tapi, gua baru je berpeluang untuk menonton cerita gila stylo ini dan gua harap anak gua nanti akan gua hantar ke sekolah Hogwart itu. Tambahan lagi, Hermione (emma watson) dia sebaya gua. Gua harap dia sedar gua ada like page dia, dan gua ada post something dekat wall dia. hope soooooo...

saka hilang barang terus dan terus menghantui aku. Lepas hilang jam, hilang kasut, dan gua telah kehilangan rambut gua. Ya! ni bukan hilang main main, bukan hilang sehelai dua, tetapi hampir selonggok bulu kambing biri biri yang di cukur bulunya ( metafora ). separuh rambutku pergi. dengan mengunakan hampir 3 orang kederat remaja sebaya aku, rambut gua dirogol, katanya nak macam "daniel agger" tambahan lagi kataya nak macam " ash ketchum " walhal katanya nak sama macam "azuwan roya" atau barangkali "safee sali". Ya! gua gagahkan diri untuk mereka merasai keindahan ciptaan tuhan ini. Potong punya potong, sodok punya sodok, amik kaaau! kahkahkah! dah macam tembikai yang terjatuh dari lori masa nak hantar dekat kedai buah.

HENSEM katanyaa.. mungkin itu hanya kata kata motivasi dari rakan sebaya, itulah kekuatan pengaruh rakan sebaya. Hilang rambut.

tiba tiba, bila gua balik sahaja dari kem akhir "whitewater Rafting", dengan harapan untuk melihat kegemilangan pasukan kegemaran gua yang kadang kadang kerap melakukan drama bangang kalah dengan perlawanan yang entahlaaa... di FINAL PIALA FA, menentang Chelsea, rupanya dah habis.
Gua kehilangan piala FA untuk season ini.

itulah dia cerita hilang, hilang dan LOST.
Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails