SUMber KeJADIAn SPErma

Sabtu, 21 Januari 2012

kantoi spender PINK berbunga



cuti sekolah gua dimulakan dengan kembara gua ke Johor Bahru ,(pling bosannn, gua tau, lu semua ke luar negara),,, kembara apa gua kat JB? lu tak perlu tau, nanti gua akan bagitau, buat masa nie, benda ni mungkin lu semua yang kenal aku akan tau, or akan tidak tahu, ouh air tahu sedap dimakan bersama nasi dan tahu, ko tahu?

ok, jumaat lepas gua selesai solat jumaat, Alhamdulilah, masih diberi kekuatan dan masih aku tak lupa jalan untuk ke masjid tersebut. Macam biasa, aku suka benda last minit, tiket aku dah beli jam 3.15, gua sampai sampai, dah 3.16..

harapan gua untuk pergi ke Jb dari Muar berbekalkan duit tiket hasil titik usaha ptptn sebanyak rm15.20 hanya tinggal harapan, seperti telur di luar tepi spender, ok?senak ok! haha

so, gua tanya akak kaunter yang takdala cun, tapi pahala hari jumaat gua dah kurang dekat situ, "kak, bas nak ke bla bla blaaaa..." Ouh, bas tu no plat 0001" . Gua nampak bas tu, tapi bas tu dah nak berambus, macam terkejar anak bini nak beranak. kederat gua sebagai lelaki gagal untuk kejar bas tersebut. hmmmm...

tapi, yang gua idamkan seorang bidadari datang, tanya kepadaku, masalah ku, dan kenapa bersedih hanya harapan mustika ratu sahaja. Hanya seorang lelaki yang kurang samar, dan tak berapa nak cerah datang.. " bang? tertinggal bas ke bang, cepatlah, ni ada satu lagi bas, nak gerak dah " . Memikirkan tentang masa depan gua yang gua tak berapa nak yakin tu, gua pun beli la tiket lagi, so pergi Jb harga tiket macam naek Flight rm30++ .

berkat baucer buku 1Malaysia, tangan dan beg gua tak pernah kosong, ada sahaja ilmu yang gua akan bawak ke sana sini. Buku "Awek Chuck Taylor : menjadi peneman aku di dalam bas. Gua baca, baca dan baca! sumpah gampang dan best gila! cume tatabahasa, penjodoh bilangan ke, kata kerja semua ke laut la, tkpew, yang penting, gua takla bosan dalam bas.

Tiba tiba...

gua terpandang awek sebelah gua! peeghh! baru gua perasan ada awek sebelah gua, mana tknya, gua khusyuk baca buku kan, berkat baucer la nie. Gua duduk single seat, tiba tiba sebelah gua ada sorang awek duduk dekat dable seat. Apa yang menarik?dengan awek nie? pahala jumaat gua terus dan terus kurang gua rasa.. die boleh bantai tido mengering macam kat rumah plak, die ingat ni kondominium bergerak kowt. Bila dah tido macam tu, baju ntah ke mana. Dan apa yang gua nampak....

Seluar dalam putih, bergetah pink dan berbunga bunga pink!

ok sangat jelas ok?bukan gua datang, selak baju dia.. masalah memang nampak..haha
nasib baik bukan corak bunga kebangsaan, tapi aku tak tahu bunga apa..

sekian..

alhamdulilah dah sampai Larkin..

cerita selanjutnya,apa gua buat dekat JB?? nanti...=D

Ahad, 15 Januari 2012

Situasi banggang si pemegang baucer buku 1 malaysia.


amboiii, sukeeeee..


wak husni nampak kegembiraan seraya ditegur isteri tercinta . "Ambooii abang! suke nampak? kenapa? menang judi ke?". Awak, awak, sayang, isteriku.. mana mungkin abang main judi, suamimu dah insaf barangkali. Abang baru je dapat duit BR1M ni. Bolehla, kita makan ikan tiga rasa esok.

"izzah mana?izzah? "abang tak nak die bekerja lagi di kelab malam tu, sebab abg nak dia masuk U, boleh dapat voucher buku 1 Malaysia. Abang nak die beli novel "badai semalam" , lepas abang bersara dan tak main judi ni, abang nak berubah. Awak bagitau izzzah, esok kita masukan die dalam U.

Jauh di sudut rumah yang tak berapa nak usang, yang bertiangkan papan hampir di mamah anai anai, terlihat izzah yang mencuri-curi dengar. Ternyata izzah kelihatan gembira sehingga terlupa bahawa dia belum mandi lagi. Expressi wajah izzah umpama melukut di tepi gantang, gembira bukan kepalang.

alhamdulilah, izzah berjaya mendaftar dan di tinggal di kolej bunga april. Selesai mendaftar, izzah diberikan 4 keping baucer buku. Tanpa rasa bersalah dan dengan nada gembira berselang terharu, wak husni megambil 2 baucer buku izzah untuk mencapai cita citanya dari sekolah untuk memiliki novel. Lantas ke kedai buku berhampiran.

ok cukupla cerita bosan tanpa tujuan ni, apa aku nak sampaikan ialah, apa akan berlaku bagi si banggang yang tak pernah ke kedai buku.

Situasi banggang si pemegang baucer buku 1 malaysia.

1. harga dan ketebalan buku

menurut pengalaman seorang mahasiswa yg tak pernah terfikir untuk ke kedai buku, inikan lagi membaca buku, gua rasa hairan, kenapa saiz dan harga tidak memadai??! come on beb! buku senipis buku 555, harga dekat rm30. Buku mcm kamus dewan, harga rm10.00! itulah ilmu, kau ingt ilmu murah? lain ilmu lain harga, dont judge the book by its value n ketebalan..kah kah kah

2. tak cukup rm200

solima, macam mana nie, aku dah semak dah duduk dalam nie, macam macam buku aku dah ambil, sampai buku bagaimana mandi wajib dengan sempurna pun aku dah amik, masih tak cukup rm200, rugila aku.

3. terlebih rm200

abu : weh, brape harga buku kau semua nie? aku dah terlebih rm200, rm220..
asmah : aku kurang rm20.. aku dah tak tau nak amik ape, kalau aku amik awek jage kedai nie, mahal pulak.
abu : haa! aku guna kupon kau la eh, rm20? masuk sekali.kita gabung kupon kupon kupooonn..kitee

4. muka keliru

ini benda basic akan berlaku kepada jejaka tak kacak macam aku ke kedai buku. Masuk dengan konfiden, masuk dengan muka bajet selalu pergi kedai buku. Masuk macam tahu nak cari buku ape, kat bahagian mana. tapi bila terlebih konfiden pun memakan diri sendiri, dah dekat 1 jam dalam kedai buku, satu buku pun tak dapat. Muka jadi keliru, muka jadi haru tak tahu arah mana nak tuju.

5. guna bakul

beli sebuah buku pun agak mustahil bila ke kedai buku, ini bawak bakul masuk kedai buku.. tak percaya?lu tengok nanti, silap2 ada yang bawak troli..

6. kapel

kapel lepak taman, tasik ( ish, nak buat maksiat la tu )
kapel lepak kedai makan (ish, kuat makan betul pakwe dia )
kapel lepak kt disco ( hurm,lps ni bawak ke bilikla ni )
kapel lepak kedai buku ( cari buku cara gugurkan anak la tu )

weh2! tak baik kalau bersangka buruk, dah tentu tentu kapel tu pergi kedai buku sebab dapat baucer buku.. come on!

tak caye,tgkla nanti, ramai nyeee! haha jeles pun adeee..=_="

7. jodoh

lu boleh cari jodoh, tak caye? lu buat buatla tanye, mana buku ni, mana buku tu.. buat buat terlanggar masa cari buku.. buat buat tertukar baucer, pastikan name dah tulis kat baucer, baru boleh buat buat tertukar.. dan paling sweet, lu bayangkan lu same same serentak amik buku yang sama, mata bertentang mata, terus ke hati... pegh! penangan baucer buku 1 malaysia.

8. beratur panjang

biasa berlaku kalau waktu kemuncak, atmosfera dah kekurangan oksigen, waktu klimaks, time orang dah nak tutup, time tula lu capai mana mana buku, dan beratur panjanggggg!


ok!
gua percaya, sekiranya tak tercapai cita cita Perdana Menteri kita, untuk pupuk semangat membaca, mereka berjaya bawak lu masuk ke kedai buku! ok?

gua tinggal sekeping je lagi baucer..
gua nak cari buku jodoh jodoh laaaaa..=_="

p/s : ini semua berdasrkan pemerhatian gua dan pengalaman..kah kah kah

Sabtu, 14 Januari 2012

cerpen sia sia perjalanan ke Uya Distro


kalaula aku ada almari macam nie..
aku ingat almari ni jual gak..


Selesai solat jumaat, solat dimana kita boleh lihat masjid akan penuh dan ada pisang serta air percuma di luar masjid. Gua terus gelabah dan online facebook. Bukan untuk stalk profile lu, awak, kau, dan gambar sexy kau. Tapi hanya dengan satu tujuan, aku tegor semua member member yang aku rasa dia ada kereta! tak pernah tegor sepanjang kawan dekat fb, tapi semalam gua dengan yakin dibantu semangat baucer buku 1malaysia, gua pancing member gua :

"beb, sihat? dah makan ke?"
"eh mcm mana exam?"
"wei? aku nampak ko tadi kat masjid.."
"der, jom g Kl??"
"kak, akak watpe?shat? dah mand?""

gua guna ayat ayat budak baik, tunjuk penyayng dan murah hati. Hanya untuk dapat pinjam kereta untuk ke pesta buku MPH dan Uya Distro.

nampaknya, harapan tinggal harapan, gua dan member gua gagal untuk mendapatkan sebiji kereta. Tiba-tiba, awan seperti mengerti keluhan gua dan member gua, muncul seorang penyewa kereta online fb dia! lantas gua terus menyapa untuk menyewa kereta dia..mission complete!!

Jam menunjukkan pukul 10.00mlm waktu tokyo, bermakna jam 4.00ptg waktu Malaysia. Gua drive ke Kl Sentral, tempat yg gua rasa gua pernah menampak suatu ketika dahulu waktu awal awal masuk U. Tiba-tiba berkumandang lagu "kuala lumpur" Hujan!. Seakan mengerti gua dan member gua tersekat di tengah tengah kota kuala lumpur!

bila sifat amarah gua dah mula membuak buak dengan kesesakan kat Kl nie. Tiba tiba gua ditenangkan dengan kelibat awek awek yang bawak kereta sebelah gua lalu dan melemparkan senyuman!kah kah kah ini boohong..!

cita cita gua untuk ke KL sentral tercapai, tetapi di dustai dengan kegagalan aku naik untuk parking, siotnye manual! kah kah kah! nasib baik tak mengundur!. Sampai je KL sentral, kami terus menunaikan kewajipan solat asar macam lu semua. Gua teruja untuk ke pesta buku tu, sebab gua nak habiskan 2baucer kat situ, tapi ternyata langit kadang kadang bukan warna puteh je, ade kebiruan sikit.

"dik, baucer boleh guna kat kedai buku je, nie clearance stok" tegir akak yang boleh tahan mengancam la..

punye payah nak ke Kl sentral, merempuah lautan kereta, meredah kesakan manusia akhirnya sia sia. Tapi gua percaya semua benda jadi bersebab, gua percaya kami ke Kl sentral ditakdrikan hanya untuk beli air tin "gedegang" hanya dengan RM 1! ini KL bro?? tapi air Rm1?? kat tempat gua blajar, gila mahaall..! mula terdetik nak cari awek Kl. tapi?tak kan hanya untuk air tin RM 1?kau nak awek KL..ok dah merepek ni..

Terus Ke Mid Valley, tempat yang gua rasa hanya untuk wayang, bowling, cuci mata, dan buat dosa. Rupanya tersorok di suatu sudut ada sebuah kedai BUKU!
( cerita di kedai buku nanti gua buat lain ) ...

selesai je buang masa kat kedai buku tu..!gua terus ke matlamat gua iaitu UYA DISTRO! untuk buku buku yang gua rasa patot gua beli dengan jiwa gua ni kalau nak dibandigkan dengan novel ombak rindu ke, badai semalam ke, kau kucup bibirku, punggung ku menawan mu, memang aku tak baca la!

kitab terfaktab, heroin, Sperma cinta,
Awek chuck Taylor, Kontrol Histeria, CMTKPD ( mmber aku punye)

berbekalkan alamat yang gua ingat SS158B je! tu je gua tau, pusing pusing pusing ..
sampai..!rupanya atas kedai makan Stesen One, one setesen ke ape ntah! haish! nasibla jumpa! akhirnya KLIMAKS..
tgk? payah aku cari!haha


gua ingat kat PADINI je ada SALE macam ni..hhe



ok penat.. cerita..bosannn
baii


Isnin, 9 Januari 2012

wawancara pada 901



ikuti temu bual secara tak langung selepas kejadian petang tadi di pintu timur Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kes perbicaraan Adam Adli, bersama saya dan saya je sorang..:

tauke kedai potostat..

aku : macha, apa pandangan macha tentang apa yang terjadi petang tadi?
macha : aiiyyyooo! adik adik! harinie bisnes manyak untuk tau adik!, ramai datang nak potostat, saya tarak tau apa itu diorang mahu potostat la adik.. tapi ramai la datang potostat abjad abjad untuk buat banner rasanya..
aku : ouh! terima kasih macha..=D

tauke kedai makan :

aku : makcik, macam mana perjalanan bisnes makcik petang tadi?ok ke?
makcik : alhamdulilah nak! makcik selalu masak nasi 2 periuk je, harini makcik masak 3 kawah, ramai sangat datang nak makan. Sampai ada yang kena ambil no nak.. marah suami makcik, tak dapat layan dia, sebab ingat nak date lepas kerja , ke genting dengan dia, harinie tak dapat..sori abang..

tauke alat tulis :

aku : bang, bisnes ok?
husin: sangat teperanjat saya! alhamdulilah, ramai datang beli pensil dan pemadam begitu juga yang membeli cd kosong.

tauke pisang goreng :

aku : akak! amacam harinie?laku bisnes?
rosnah: adik! akak tak sangka la, harinie ramai sangta datang beli pisang makcik, polis pun ramai datang, makcik selalu goreng 4 tandan pisang je, harinie makcik terpaksa goreng pokok-pokok pisang sekali, laku dik..muah2..
aku :amboi..siap muaaahh..

orang orang :

aku : apa pandangan abang atas apa yang berlaku petang tadi?
abang: beb, gua geram beb, gua selalu dapat beli pisang goreng makcik hujung tu, tapi harinie habis! gua kecewa la..ramai sangat datang beli..

calon exam :

aku : amboi akak, gembira je??tak exam ke?
akak : eh awak! harinie saya ada paper jam3, tapi saya lambat masuk, masuk-masuk je tinggal setengah jam lagi, saya ingat saya sorang je lambat, rupanya saya sorang baru sampai.. haha!

pusat sukan hurricane :

aku : uncle, waaa..manyak laku la lepas ni, orang nak datang main futsal, badminton semua kat tempat uncle, popular dah banner uncle..
uncle : biasala, STUDENT POWER..hehe

ok..bai


Ahad, 8 Januari 2012

Cerita Ku semasa 2011

di Pavilion,Kuala Lumpur, tiba tiba terdengar jeritan manja dari sebuah kedai jam..

mak!mak!
adik nak jam tu! nak jugak nak jugak..

"..jam mana johan, meh mak beli, mak kan ada banyak duit..."
"..jam G-shock nie! warna warni la mak! kawan-kawan kita kat sekolah semua dah pakai, makcik kantin pun dah pakai tau, nak mak!!! .."
eala, beli dua, mak nak jugak..hihi

haish! adik, kenapa ramai sangat yang lepak depan Pavilion nie? semakla, dengan pakai yang bukan bukan, ingat ni Eropah ke? muka semua macam budak sekolah, dah sunat ke belum ntah tu.. ??.." tanya emak kepada johan..

"..ntahlah mak, sepatutnya adik pun lepak sini, tapi mak dah ajak keluar.." lantas johan menjawab..

"..tp mak, adik tengok semua ni dah macam budak budak Mpop kumpulan 24:7 , konon macam artis korea, pakai baju tunjuk pusat semua kan.."

"dahla johan, kau jangan lepak sini lagi, buat malau mak je, dah jom balik.."

dalam perjalanan ke rumah, tiba-tiba ...

eh eh! apa ramai ramai nie! siap banner semua, ikat kepala semua..

"We Are All Adam Adli? " "Kebebasan Akademik?" " AUKU?" " kami lapar"

eh, banner ape nie mak?tanya johan kepada emaknya..
errmmm..ni la demostrasi untuk mansuhkan perbicaraan Adam Adli dengan menuntut hak kebebasan Akademik dik, dah dah, tak payah amik tahu, adik tu tahun ni baru nak SPM, lama lagi nak pikir politik, duduk rumah, belajar betul-betul ok? jadi macam Amalina Che Bakri, Suffiah ke, dapat jadi pelajar cemerlang dapat A banyak dalam SPM..ok??

"..jadi macam akak Amalina ke mak??.."
"..taknakla adik, adik takot adik pakai sexy sexy, adik takowt makan diri adik sendiri.."

kenapa nie Johan? "..tak elok cakap macam tu, akak Amalina tu pandai, cuma mungkin dia ada masalah dia sendiri, kita doakan dia ok je nanti, ramai je kawan kawan, bekas pakwe mak belajar kat oversea, alhamdulilah ok! semua terletak pada diri kita sendiri untuk memilih kehidupan dan cara hidup.." ok Johan?

"..tak nak la belajar! adik nak main bola macam Abang Nazmi Faiz, nanti tak payah amik SPM tahun nie! jadi popular! ada awek lawa! mak tak nak ke menantu lawa??!! hee ..." tak pun, ".. adik nak jadi macam abang Khairul Fahmi Che Mat, boleh dapat rumah sebiji Rm200k mak!.. boleh jadi model! boleh jaga gawang gol, bila kat luar padang, boleh jaga awek awek kat sana!.."

"..apala adik nie, dah 17 tahun baru nak kecimpung dalam sukan bola sepak, adik kasut bola pun takda, dahlaa, belajar betul betul ok?...ni dah sampai pun rumah, jom mandi mandi, makan, lepas tu kita tengok, Nora Elena, Tentang Dhia, Nur Kasih, Juvana dan Kl Gangster ..."

Selesai tengok Kl Gangster dan Mur Kasih The Movie, Johan masuk ke biliknya dengan harapan untuk membuka buku dan menjadi seperti akak Amalina, tapi malangnya, dia hanya mensia siakan harapan ibunya dan melayari laman sesawang awang Facebook!..

"..eh? Datin Milano? waaaaa! gila la awek nie! .."
kena Like page die ni.. kata johan dengan nada ghairah..

tiba tiba..

JOHAAAAAAN! adik dah baca buku belum??!! jerit emak johan..

.."bbbbbbeeeelum maaaaakkk!,tengah layan video lagu, abang ArielPeterpan dengan Luna Maya..jap lagi adik baca! ok mak??.." Fuuhhh! selamatt...

"eh eh, ustaz azhar idrus??? video apa niie?layan kejapla.."..Johan bermonolog dalaman seorang diri..
wahaa! kelakarla UIA ni..fenomena baru ustaz nie bawak..=D ,ish, dahla, nak tidor, esok ada ahad, nak keluarla..

ZzzZZzzzzZzzzzZZzzzz...

bangun banguuun! subuhhh! adikk!

"...iyeeee makk.."

selesai solat subuh, Johan sarapan sambil baca surat khabar..

" haa? "..OSbon menang Maharaja lawak?terbaik!.."
eh? "..Man Johan Raja Lawak 5? !!waaa! .."
apaa? "..Diana Amir bertudung?! mimpi ayahnya yang meninggal diseksa?!Alhamdulilah..lawa awak sayang..!
haa? isteri Disimbah Asid?kerana bergaduh nak susukan anak??! WTF!..

apa la tajuk-tajuk paper sekarang...

dahla, aku dah bosan taip panjang2 asal ape yang terjadi tahun 2011..
tak sabar nak post..
sori awak2, saya suka cerita separuh jalaaan..hahaa k bai!








ape menda niee!



hye nora, saya elena..


kaya abang nie, lepas kena serang..


Aktivis yang terkorban..


11.03.11


saya suka hidung abang saya..hee



mohle kitee...



TAHNIAH HARIMAU MUDA!

lu tanye awek mana yang tak pegi tengok konset nie!



awak, u make me melting ting<3

PANIK lagu baru didengarkan dalam tahun 2011


Adik NAzmi Faiz, sesi ramas mesra dengan peminat..


Adamalisme..

Selasa, 3 Januari 2012

kau suka tak, kalau aku sentuh bibir kau macam nie..=)


aku rasa sesal gila, bila kemungkinan filem SONGLAP yang aku tengok pada tahun 2011 bersama sama rakan rakan dan taulan di panggung wayang merupakan filem MELAYU terakhir aku tengok pada tahun 2011.

bukan niat aku tak nak sokong filem melayu, dah kalau cerita kau, jalan cerita kau, pakaian kau, skrip kau dan warna seluar kau macam tu, sape tak bengang! kan?kan.. Lu songlap duit kami untuk menonton wayang filem tersebut..! hak aku?aku bayar, so suka haty akula nak cakap ape pasal cerita tu!haha! ok baik tengok boboiboy! hmmm..

ku sangka kan seluar aku ok sampai tahun depan, rupanya koyak semasa main futsal petang tadi.. itulah pepatah yang sesuai bagi aku untuk ape aku nak cerita ni..

aku ingatkan cerita SONGLAP filem melayu terakhir aku untuk 2011, rupanya kau hadir tanpa ku pinta ..
"OMBAK RINDU "
cerita ni di adaptasi dari novel kan?
kalau suruh aku baca novel, memang tak kan la, masa sekolah pun baca tema, watak perwatakan dan nilai murni je , tak da masa aku nak baca novel ANAK DIN BIOLA, TRAGEDI 4 DISEMBER dan semua la tu!

so, satu pendekatan yang bagus bila buat filem.

selepas aku menghayati, menilai, menguji dan menganalis cerita ini, macam biasa ini aku dapat :

1. sila simpan tiket wayang bila gua tengok wayang dengan si dia, baby, mama, papa, baby, bie, or wahtever kau pangil bintang kau.
2. orang kaya pun tak pakai stokin ( inikan aku )
3. kau kapel ,4ever, sayang ketat ketat, rindu sendat sendat, never replace la, sehidup semati la dari sekolah sampai besar, tak tentu di jodoh kau. Jodoh di tangan tuhan.
4. orang yang jahat, jodoh kau tak semestinya jahat.. mugkin si dia akan datang dari golongan orang baik dan dapat mengubah kau untuk jadi baik, so, orang baik dan orang baik.
5. asal nak muntah, mual, mesti suspek mengandung, takda cara lain ke eh?hihi
6. dengar kata filem ni banyak potong babak babak dalam novel sebenar, banyak jalan cerita tak diceritakan, kenapa??dah tau adaptasi dari novel, buatla Ombak Rindu 2 ( kehidupan anak baru ), Ombak Rindu 3 ( misteri Mila ) Ombak Rindu 4 ( mati di cameroon highlands ), kan boleh?hehe
macam Harry Potter! kan melambak siri dia!ok

" izzah,
ye en haris..
kau dah pekak ke ape, berapa kali aku nak pangil
maaf cik haris , saya tak perasan,
urut kaki aku jap..
atas sikit....dekat sikit....kau suka x? bila aku sentuh bibir kau macam nie?huh?suke ke tidak?
mulai harini, kau milik aku, sepenuhnya..

izah, izzah tunguu
izzah, izzah...!
maafkan saya cik, saya saya tak menggandung.
izzah nak pegi mana nie?
tolongla bagi saya pergi, saya hanya menyusahkan en haris je
izzah izzah, saya mintak maaf, saya betul2 mintak maaf..
tolongla jangan lari, tolong jangan pergi dari saya..
saya bukan nak lari, saya takut..
tak perlu takot lagi izzah, jangan pangil saya en haris lagi boleh tak?
pangil je abang..


Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails