SUMber KeJADIAn SPErma

Isnin, 18 Jun 2012

Skandal Seks Belanda dalam EURO2012

WELCOME HOME =')


berakhirnya 94 minit perlawanan bola sepak antara kelab kegemaran ramai eh bukan kelab kegemaran gua "Belanda" atau "Holland" menentang kelab kegemaran ramai wanita iaitu Cristiano Ronaldo FC, maka berakhirlah kempem EURO 12, untuk gua. 

ye, gua bukan sokong sebab baju dia lawa atau gua suka makan oren or ape ape lawak KLISE nak disamakan dengan nama belanda atau oranje ni. Gua memang fanatik belanda sejak dari bangku sekolah lagi. Gua minat sejak zaman abg stylo Edgar Davids, Van Der Vart, Dennis Bergkamp dan Rafael Nadal. Dan apa yang gua tahu untuk belanda sekarang adalah kalah, tamat dah kempem EURO Mark van Marwijk. 3 game berturut turut kalah, kalah kalau dengan german boleh terima lagi, tapi perlawanan pembukaan je dah buat gua rasa belanda ni bergurau, dengan DENMARK pun berjaya tumpas. errmm. Gua tgk perlawanan pembukaan semua pemain belanda ni macam nak tunjuk hebat masing masing, jenis tak buat gol sorang, gentel gentel dari bawah ( bukan gentel benda bawah ) ke atas, lepas tu, jenis nak skor sendiri. Peranan van Persie memang tak nampak, sedangkan die tak dikawal. Perlawanan kedua, lebih kepada attacking kiri kanan, depan belakang, kurang dah ego pemain semua, tapi jenis barisan pertahanan yang menghampakan. macam abg HasbullahAwang tweet "pasukan belanda macam pamela anderson, padu di atas, tapi longgar di bawah" tipu kalau lu tak kenal sape pamela anderson, gua malas nak melucah, lu google ok. Perlawanan ketiga, peranan penyerang macam takda, bukan tak dapat bola, dapat pun tak berpeluang hold bola. Gua tak tau statistik van persie dengan hunterlar pegang bola berapa kali je, kena mark gila gila. Bila dah bolos, jenis nak menyerang, masukan pulak affelay, keluarkan defend muda william, motif gua tak tahu. dah main 3 defend kena layan kelajuan nani dengan ronaldo, memang taklaa..

Apa yang gua tahu bila menyokong Netherland untuk kempem EURO 2012 ini ialah sama macam :

1. Bila belanda lu kalah dengan DENMARK, gua rasa macam gua telah gagal mengurat Jiran sebelah gua. yela, Denmark, bukanlah nama besar dalam bola sepak ni, main badminton powerla kan. Jadi sama macam awek jiran sebelah umah lu, lu hari hari nampak, memang lu kenal, kalau ngurat kompem dapatla awek jiran sebelah rumah ni, memang sure dapat! biarlah lu muka takda shape pun, tapi tiba tiba lu ngurat tak dapat. errr

2. Bila Belanda lawan GERMAN. situasi ni sama macam lu mengharapkan Ex pakwe makwe lu sms lu "selamat pagi awak, mulakan hari dengan senyuman" . Nampak tak? benda yang bukanlah mustahil nak berlaku, tak mustahil bekas awek pakwe lu sms lu untuk bertanya khabar. Sama macam, bukan susah sangat nak menang lawan german, tapi defensive kena kuatla. Gua harap seri pun cukuplah dengan german, tapi saje buat bergurau lagi, kalah pulak dengan german.

3. Bila Belanda lawan PORTUGAL. perasaan masa tengok perlawanan ni sama macam lu dah dapat no awek lu nak ngurat, tapi lu tak pernah sms dan call, lu cuak, lu takda telo. Bila van der Vart buat jaringan pembukaan, gua dapat rasakan belanda memang akan menang , vander vart buat gol sama macam dapat no awek. tapi bila bolos dan bolos dan tak boleh serang, perasaan sama macam lu takot nak sms atau call awek yang baru lu dapat no tadi.







sekian.. memang perasaan kecewa masih terngiang-ngiang ni kat telinga, kena boo, kena kutuk, tapi gua steady, gua gagah..kahkahkah pilihlah gua jadi pacarmu.

Selasa, 12 Jun 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus dan janggutnya

gua ni dah ada akaun tuwiteeerr, jd gua lebih suka lepaskan dan ceritakan ape segala yang berlaku dekat tuwiter gua, ye, gua ada tuwiter, tapi gua takda sedikit niat pun nak suruh lu semua folow, apela sangat gua ni nak kene folow semua bagai, gua bukan malik nor ataupun caroline protege ella tuuuu ala, yang menang MENTOR 6 tu, tunjuk ajar ku siffuuuuu, yang akak ogy, boleh dah tunjuk dekat protege die suruh pakai tudung, kata sifu..tunjukla baik2 kan? tapi kalau anas rambut jenis kembang semangkuk, tak kan abg FT nak suruh die luruskan mcm dia, aset tuuuu! boleh letak piala dalam rambut..kehkehkeh

so, jenis cakap takda point memang jenis gua, dan gua bakal praktikal. Gua tak tahu gua bakal kena main atau dimainkan atau permainan ini permainan errmmm, merepek. 

Ustaz Azhar Idrus, sejenis nama eh bukan, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah masa kini. Era pembangunan negara yang maju, seiring dengan ekonomi serta agensi pelancongan yang serba boleh blablablaaablabaaaaa baaa baaaa black sheeeppppp..errrr,, ermmmm 


gua sebenarnya nak kongsi la serba sedikit apa yang gua dapat masa gua hadir ke majlis ilmu ( ceramah ) yang disampaikan oleh pemenang kategori angkat berat bawah 10kg, Ustaz Azhar Idrus..heee sumpa menarik! dapat tengok depan depan, dapat tengok tepi tepi, dapat tgk kiri kiri, dan dapat tgk kanan kanan ustaz ni memang sesuatu yang menggagumkan. loghat terengganu dia yang mudah dan aku memang dapat pahamla, mana taknye, daripada matrik sampai ke U, sampai dah nak praktikal, kawan2 gua semua kecek kelate ganu, ganu kelate..walaupun dua negeri ni gua belum pernah sampai kot. kalau pernah pun masa kecik. dan gua pernah nak sampai, masa gua kapel dengan awek ganu, tapi jodoh takda, jd tak sampai-sampai. ok, jadi gua nak terus kongsi adalah seperti berkut :

1. Poster dan Banner
Boleh dikatakan sepanjang panjang jalan, atau dekat mana2 bangunan, trafiic light mesti lu semua akan nampak banner atau poster "ceramah agama" daripada ustaz sekian sekian, " kempem derma daraaaaaa h " , "pesta tiang" dan juga "sambutan KPOP sebelia sejutaa". jenis negara maju ni, kalau lu tak geti membaca gua tak tahu la, jadi UAI cakap, kita ni same macam lembu kalau kita jenis baca tapi tak pernah nak pergi, sombong nak datang, sombong nak tengok , maksud gua bukan tarian tiang semua tu, jangan jadi banggang ok?haha "ceramah agama" baca semua details2, tapi tak nak pergi. umpama gantung banner2 dekat kandang lembu, lembu baca, tapi lembu tak da nak datang nye ke majlis2 macam tu? tak gituuu? 

2. Kenduri Kawen
" timaaahhh, kalau kau tak datang majlis kawen anak aku ni, siap ko, aku ungkit segala hutang2 ko kat aku "
" alaa, bang, jiran tiri kita ada wat majlis hari jadi anak dia la, sebab anak dia dah sunat, kene pergi ni"
" johan johan, member gua , sperma dengan ovum dia dah nak bersenyawa nie, gua kena dtang tgk, ada makan2 katanya "

tu antara dialog2 banggang yang gua reka adaptasi dari ceramah UAI. apa yang nak disampaikannya, kita ni kalau ada kenduri kawen2, majlis makan2, pesta buih dekat rumah member atau sedara2 kompem kena datang! tak boleh miss, nnti bisnes MLM tak leh jalan, nanti gadoh masam muka . biarla lu duduk kat johor sedara lu duduk kelantan. nak tak nak kena pergi, biarla esok keje, pergi kelantan dari johor balik hari, kalau tak kebas telor lu gua tak tahu laaa.. jadi, kita nie majlis jauh2 sanggup pergi nak jage hati sedara, tapi masjid surau sebelah rumah, depan rumah, nak pergi memang takla, biarla maghrib sekalipun.. sori, gua solat kat rumah jee..


3. Waktu kematian 
lu selalu main game, tak kisah la lu man brick game sekalipun, mesti kalau dah kalah, dah habis nyawa, lu akan " Game Over" betul? ada bila lu dah Game Over, tbe2 hidup balik? ada memang boleh hidup balik, kalau lu off game, lu on semula. samala macam kehidupan ni, bila dah tiba waktu mati, takdanya kita nak suruh malaikat rilek dulu nak rasuah malaikat supaya amik nyawa lambat sikit. kalau malaikat nak amik lepas game Euro England vs France semalam, dia akan amik. Malaikat tak derhaka pada Allah. jadi?sama2 kita menambah ibadat..=)

4. Anak 

Lebih afdal sekiranya anak2 yang akan memandikan mayat ibu atau bapa kita. nie anak belajar sampa German, sampai Poland semua. nama kos yang lu semua amik, memang susah nak sebut memang gempak la. anak ada 4, 4 4 master, degree, Phd semua. tapi bila suruh mandikan mayat, tak tahu.. suruh orang lain. kita kena belajar sikit-sikit, supaya kita boleh mandikan ahli keluarga kita. InsyaAllah..

5. Bercinta 
memang tak nafikan la, gua pun memang nak bercinta, nak gak main post-post kat wall awek gua, I LOVE U, I MISS U, I NEVER LEFT RIGHT U semua bagai, tapi gua tak tahu la, jenis tak bersedia pun ada. ok abaikan. UAI cakap bercinta lepas kawen lagi seronok. Basic, semua tahu kan? gua saje kongsi2

ok! itulah serba sedikit apa yang gua dapat kongsi ilmu UAI bagi, memang kebanyakkan benda ni, lu semua tau, dah tau, tapi nak buat tu susah. benda baik memang susah nak buat. kena paksa, lama2 ok kot.. gua pun jahat, ada gak pergi tarian tiang semua..kahkahkah ada juga buat jahat, sapa tak buat jahat? tapi kita kena berubah, tak banyak, sikit..tak sikit, secebis.. lama2 insyaALLAH la.. gua kongsi ni, untuk diri gua sendiri jugak.. betul, kalau gua ada silap, ingat2kan la yep..=) kalau tak buat, dapat ingatkan kawan2 pun bagus..same2 la kitaa.


gua ingat nak cop la yang kanan sekali ni.. 
hyeee saya syafiq..=)


Isnin, 4 Jun 2012

Burger dan Jenab

Jenab, Jefri dan Jusoh adalah 3 beradik yang sama ayah dan sama emak tetapi tidak sama jantina, hanya jenab sahaja seorang perempuan yang nama masih mengekalkan tradisi orang melayu, Jenab.

Jenab seorang adik yang bongsu dan kerap kali dibuli oleh abang abang mereka yang kerap gagal dalam percintaan, sehingga satu hari jenab membawa pulang rakan dia yang sesat untuk pulang ke rumah pada waktu senja di kala rama rama berpusu pusu terbang untuk berlindung.

Jefri, Jusoh : Nab, sape niee?
Jenab : bang, ni kawan saya, die sesat, die pergi beli beger tadi, tapi lupee jalan balik..
Jefri : beger ?!!
Jusoh : beger??!!
Jenab : begerrr???

ok nmpak tak intro paling losser sekali bila update blog waktu kemuncak untuk gua final, gua dah semak untuk baca semua ape ape nota ni, pada gua, Universiti ni punya pemarkahan laen macam, tak macam markah masa ujian memandu.. Sorg cikgu, nilai sorag pelajar dalam satu masa.

gua sebenarnya nak sembang tentang cara makan beger yang gua rasa cara ni memang epik dan rare sejak lu pkai seluar ade cerut ( getah ) lagi.. kan?

dari sekolah lagi, biar la beger tu jenis ade sos, daging dengan roti pun, jenis suka makan sekeping sekeping sampai kau rasa tiba2 tngaal bijan roti jee..

gua tiba tiba terdetik, memang nikmat bila makan sekeping sekping, mula2 lu makan roti atas sekali, lepas tu salad, lepas tu tomato, lepas tu daging, lepas tu telor, lepas tu daging, lepas tu roti.. tiba2 habis..kan? nampak macam puas tapi tak knyang.. tapi bila makan sekaligus, benda paling gua benci, sos2 terkeluar semua kena tangan dan tiba2 daging tergelincir ke belakang, last2 lu dapat gigit roti jee..kannnn!

ok dah...errmm

gua tengah tunggu sape nak belanja burger YAZID atau burger Bakar =)

tanpa tajuk

bunyi hujan rintik rintik memenuhi setiap ruang di dalam kamar ku. Kesunyian tatkala di waktu hujan ini di pecahkan dengan bunyian guruh dan pacaran kilat sabung menyabung meningkatkan lagi kesejukaan tubuh ku.

Aku risau, aku risau.. aku risau sekiranya aku yang baru sahaja bangun dari lena ku, memaksa untuk aku tidur kembali.

sedar sedar ku, rupa rupanya hidup ni memang sebentar, umpama kau merebus hot dog, baru je rebus, dah masak.. sekejap sangat..

ok dah nak habis semester 6, macam macam kenangan ade ni..
Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails