SUMber KeJADIAn SPErma

Selasa, 14 Ogos 2012

Merendah diri 4

"...tak tau nak tengok siaran apa dekat tv nie banyak sangat..yang rekod lain..yg ulang ulang lain.."

#yee.! gua tau uma lu ada astro PVR..hmmm

Merendah diri 3

"..macam mana boleh tak perasan bunyi bbm masuk nii.."

#weehh cakap jee lu ada Blacberi bold slide androidd...ape ada hal.. duit lu..keh

Merendah diri 2

"...peningnyaa tgk awek aku nak amik perisa pewarna jenis yg mana satu untuk tutti putti.."

#fak fak! cakap je lu dekat tuti fruti date dgn awek

Merendah Diri 1

"..tak perasan banyak pulak baju raya aku warna kuning tahun nii.."

#cakap je ko raya tahun ni macam artis..banyak baju raya..

Isnin, 13 Ogos 2012

Diari MUNIF 13ogos


Munif pulang daripada kerja. Kerjanya sebagai seorang penarik beca tak sama dengan cita-citanya semasa dia kecil iaitu ingin menjadi PILOT kapal terbang. Setiap kali disindir oleh rakan sebaya atau bekas bekas kekasih tentang kerjayanya dia hanya mampu tersenyum dan menunjukkan jari tengah kepada si pengutuk. Ya! bekas-bekas kekasih, Munif walaupun seorang penarik beca, tetapi dia dulu pernah mempunyai ramai kekasih yang tertarik dengan cita-citanya iaitu PILOT. Bodohnya bila perempuan itu tertarik dengan cita-cita seorang lelaki tanpa menyedari itu benda belum pasti. Lalu Munif ditinggalkan oleh kekasih-kekasihnya apabila hanya mampu menjadi seorang penarik beca.

Dia keletihan selepas seharian memenuhi impian untuk mendapatkan RM30 hanya untuk makan, minum dan bayar ASTRO PVR. Ternyata tidak cukup baginya seorang lelaki tanpa belaian seorang wanita dengan hanya RM30 sehari.

Munif terus mencapai sehelai tuala usang berlubang di punggung kanan sekiranya dia memakai dari kiri atau berlubang di sebelah kiri sekiranya dia memakai dari sebelah kanan ( harap dapat bayangkan dengan mengambil tuala masing-masing).

Cita-citanya untuk menjadi PILOT terencat begitu juga cita-cita Munif untuk mandi apabila menyedari bekalan airnya terputus akibat krisis badan bukan bukan kerajaan yang tidak menepati janji seperti mana badan badan lain yang sering menepati janji.

Dia termenung dibilik mandi. Munif tidak berdaya untuk mengharungi liku-liku kehidupan sebegini lagi. Lalu dia bangun dan membuka Notebook 1Malaysia yang dicuri daripada adik bongsunya.

"....munif_beca77naruto@gigolo.com.."
pantas jari jemari munif menekan keypad notebooknye dan menaip email Pacebooknya...

tiba tiba matanya terpandang pada satu notification

" Syafiq Birthday just around the corner "

ALAMAK! esok harijadi kawan Pacebooknya iaitu 14ogos1990..

Munif yang terkenal dengan sifat suka menambah rakan yang tidak dikenali dan tidak pernah terlepas untuk mengucapkan "SelamatHariJadi" di wall rakan rakan Pacebooknya" lalu munif terus mengucapkan selamatharijadi kepada rakannya iaitu Syafiq Zulkifli ( bukan nama PB sebenar )..

kehkehkeh
errr krek

Selasa, 7 Ogos 2012

Fuad Dan Ogawa

Fuad melihat keadaan rumah nye. Melihat sekeliling dari posterior anterior, medial dan juga coronal. Dari atas ke bawah setiap perosok sudut dan juga setiap inci sentimeter, milimeter, kilometer dan juga sehasta rumah Fuad.

 Tiba-tiba matanya memandang secara langsung ke arah Jam Dinding yang dimenanginya semasa die mendapat hadiah cabutan bertuah semasa di bangku sekolah lagi. Jam itu masih berfungsi dan masih mengekalkan kedudukan jam tersebut di dinding di ruang tamu rumah Fuad.

Dia cuba bangun dari kerusi Ogawa yang dibeli secara hutang sebulan RM10.40 dan di ikat selama 7 tahun.
Namun hasratnya terbantut untuk bangun dari kerusi nya itu kerana dia hanya NIAT untuk bangun dan tidak BERUSAHA.

Akhirnya dia sambung duduk di atas kerusi Ogawa dan tidur. Itulah kehidupan Fuad dan kerusi Ogawa nya.

 


Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails