SUMber KeJADIAn SPErma

Sabtu, 27 Ogos 2011

justin bieber beraya di MALAYSIA?




entri mudah cepat dan senang jilat untuk hari raya tahun ini !
raya?
bukan sejenis kuih atau jenama baju..
raya?
juga bukan sengaja untuk buat cerita sedeyh yang lu semua pernah clash masa hari raya dengan kekasih atau sebagainya..

macam macam entri tentang raya lu semua dah bace..
gua pasti dan berdedikasi bahawa lu semua ada baca entri di blogger otai seperti mail lambung, yahya super, rosnah karipap atau kumbang kesepian
dan ramai lagi la!
"...tentang cara buat kuih raya, name kuih raya, saya dah shooping rayee. shoping bersama die, cara lilit lulut shawl untuk raya, kronologi duit raye, bagaimana nak sambut raya, bagaimanan pakai samping raya, cara ngurat si dia pada hari raya, cara mandi sunat hari raya dan balai raya..

so gua rasa terpanggil untuk menulis tentang hari raya jugakla..
memandangkan hari raya bakal tiba dan semua gua rasa pembaca entri gua akan sambut raya, tak kisah la lu puasa atau pernah puasa..
"err,ok mana ada pembaca vodooo...perasan!.." ahaha

PERKARA WAJIB LU AKAN JUMPA
MENJELANG RAYA

1. EXPO
macam biasa gua pasti akan menodai expo expo di sekitar tempat gua dan tempat lu bagi memenuhi kehendak beraya aku. Tapi gua rasa lu tak layan barang expo..!kan?ehe bagi gua, biarla barang tu murah atau cetak rompak sekalipun, asalkan menarik dan puaskan hati aku, aku akan beli..(ok,ni ayat orang takda duit, kalau ada duit,jangan tegor kalau nampak aku beli barang kat PADINO, SUBZERI, TROPICANALIFI,QUICKSILVEI..) yep! paling terbaik lu nak cari jodoh atau bergesel geselan adalah di expo! ramai kowt?! macam macam jenis "barang" lu akan jumpa! meriah! bagaikan memerang jantan jumpa memerang betina! errr!=_="

2. BISKUT RAYA TAHUN LEPAS
ok?kuih raya tahun lepas!??? menurut kamus dewan bahasa tubuh dan suara, kuih raya TAHUN LEPAS ialah kuih raya yang lu tak pernah bukak dan tahu pun, yang lu pernah beli kuih raya tu.. terlupa nak hidangkan pada tahun lepas, tiba tiba jumpa pada raya tahun ini! contoh lain, konon lu ade kekasih hati buatkan kuih raya, biar keras tak sedap sekalipun, lu punya sayang nak makan, lu simpan dalam bilik.. sibuk beraya sana sini, sampai lu terlupa lu pernah membela kuih raya dalam bilik, dah nak raya tahun ni, bila kekasih lu bagi lu kuih raya baru, lu tiba tiba teringat kuih tahun lepas..ok?sekian!

3. SELUAR DALAM
sabar, bukan lu beli seluar dalam baru untuk beraya, itu wajib bagi mereka yang baru sunat..ok adik adik? macam biasa, bila nak raya, baru lu semua tunjuk rajin macam gua la kan.. kemas rumah sana, rumah sini, rumah situ.. rumah jiran, rumah bekas jiran, rumah hantu dan mungkin rumah kaca.. bila lu dah kemas, kompem semua tempat lu geledah sapu semua, serta merta lu akan jumpa benda benda pelik bawah katil, atas almari.. bawah katil kompem kompem seluar dalam ok? yang dah kering bila lu bukak gulungan die, akan merekah..kah kah kah! so, lu baru jumpa seluar dalam feveret lu, semasa mengemas rumah.

4. BENTUK BADAN
ini sedikit menghairahkan, gua harap lu baca selepas berbuka.hi hi hi! ape semua nie? takdala, setiap tahun, pasti pereka fesyen akan memperkenalkan macam macam rupa baju, warna, saiz, jantina, umor dan jenis kain fesyen tersebut! so, raya tahun bila ntah, gua ada jumpa baju nampak dalam...wuyoooh! nampak segala warna baju keciknya, warna tube, warna redtube, youtube dan itube..kah kah kah! gua tak sabar nak tengok raya tahun nie, fesyen baju macam mana pulak weh! tapi yang gua pasti, trend lilit selendang yang kengkadang tengok macam memerang, sekali tegok lawa, dua kali dah macam sarung nangka..ehe!

5. LAGU RAYA
dulu parents kita layan datin sameon, rosnah yahya, zakiah bahar, P. ramlee, saloma, sudirman punya lagu, dj dave dan ramai lagi la! tapi sekarang? rasa macam gampang pun ada, lagu raya zaman moden, ada yang boleh layan, ada yang gua rasa nak layan lagu raya cine lagi best!

6. SAMPUL DUIT RAYA
kronologi sampul duit raya, dulu dulu sampul macam biasa la, ada cop MAYBANK, RHB, CIMB,BANK ISLAM kalau pakcik moksu kita kerja bank.. ada lambang GIANT, TESCO, JUSCO, THE STORE dan sebagainya kalau makteh dan pak tam kita berbelanja di sana.. gua harap sampul duit raya tahun nie, ada gambar JUSTIN BIEBER atau KIM HYO JUN, KYU TEH UE dan 24:7 serta gambar artis GULA GULA! weee! tak sabarrr! err,macam la aku dapat duit lagi weh!

7.AIR
gua yakin kalau lu jenis suka beraya sana sini, mesti ada jumpa pelbagai jenama dan perasa air bekarbonat la kowt! nama je berkarbonat, minum rasa ubat..! aha! masa bebudak, memang nak duit raya je bila raya, rasa air belakang cerita..! AIR KU, SURAYA, COCA CULA, POPSI, AIR GAS, RINDU dan macam macam nama! ehe! ini dulu la, sekarang gua tk tau, gua harap air TWISTER je, kalau tak da, gua tak minum..!

8.SAUDARA
jumpa saudara sana sini, bila raya baru lu tau awek lu atau pakwe lu tu sebenarnya sedara lu, anak bini kedua ayahlu, anak tiri mak baru lu! hi hi hi! gua harap SAMUEL ETO mungkin saudara aku! gaji die? memang sukan bola sepak gila dengan duit! haish!

9.KUBUR
lepas solat raya atau sebelum solat raya, pasti ramai berkunjung ke tanah perkuburan untuk menziarah orang yang dah meninggalkan kita.. tapi jangan sampai lu lupa posisi kubur orang yang lu nak ziarah tu, sama ada berada di posisi pertahanan, serangan atau pun penjaga goal..! tula, masa nak raya baru nak pergi kan..ehe!


ok?bosan kan??!
aku pun tulis time bosan!aha

KLIK ini!
untuk the making of hari raya kami pada tahun lepas! ahah!

SELAMAT HARI RAYA!
MAAF ZAHIR DAN BATIN
serta SEGALANYA!

dari SPERMA DAN KELUARGA!

2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails