SUMber KeJADIAn SPErma

Rabu, 15 Februari 2012

6 sebab main BOLING boleh mati pucuk




kalau bola baling sukan paling pantas di dunia..
kalau bola sepak sukan paling polpular di dunia..
kalau hoki antara sukan paling berbahaya..
kalau bola kocek, antara sukan paling lucah di dunia..

bagaimana dengan boling?
walau nama gua syafiq zulkifli, nama kembar seiras lain jantina dengan pemain boling malaysia sazlin zulkifli, tak bermakna gua hebat bermain boling.

pada gua, boling adalah salah satu sukan paling hipokrit pada diri gua, jasad, jasmani dan rohani gua, dan mungkin juga kepada lu.. secara jujurnya gua sangat hipokrit bila bermain boling bersama rakan taulan sahabat upin ipin dan jozan sekalian.

6 SIKAP hipokrit gua jika bermain boling.

1. pura pura kuat

tgn saiz tebu, konon pergi jalan satu pusat boling, semata mata untuk cari bola boling sesuai, warna menarik dan berat. kederat nak angkat tayar basikal pun semput, cari bola boling 11,12,13,14.. macam haram. Bila baling, buat buat tangan macam tak sakit, tapi tuhan je la yang tau.

2. tepuk tangan untuk kawan

macam biasa, bila kita duduk tunggu turn member kita yang jalan pun berkepit, tangan lembik, bibir kembang, tak pernah main boling. Bila dia baling je, terusss! strike! ok Strike! memang kebetulan! haha jadi, kita sume kawan kawan dengan gembira, sorak! yeah! hebat la kau usman! hebat! tepuk2! gua yang terpaksa hipokrit terpaksa tepuk dan sorak! yeah!! bags usman! macam roger federer! ( dalam hati, geram je..)haha

3. sorak untuk strike

sama macam situasi atas, gua akan terus menghipokrit kan diri gua dengan sorak sorak dan sorak! member yang baling macam hidup segan mati tak mahu, bola boling bergolek sepoi sepoi bahasa jepun je, tiba tiba strike! ok! sila sorak! hmmmm

4. tak dapat spare

bila balingan pertama gua hanya tinggaaal satu pin je yang tak jatuh, dengan muka dan gaya hipokrit, gua akan buat balingan kedua dengan harapan dapat spare, tapi tiba tiba, ku harap hujan di tengah hari, rupanya panas esok hari. Tak jatuh pun satu pin lagi, jadi gua akan buat muka frust, kono kecewa macam mati awek. padahal, gua tak kisah pun.. sebab gua memang tak minat. hmmm

5. jalan berlagak

benda mesti kena buat bila lu baling je bola yang warna "pink spender maknnyah" tu, dan STRIKEEEEEE!! lu akan berpaling dan jalan menghadap member member yang sedang bersorak untuk lu, tepuk tangan dan menjerit jerit nama lu, kompem gua akan buat muka tak nak berlagak, tapi demi jaga hati member member gua buat muka bangga sebab STRIKE, tapi gua percaya diorang pun terpaksa jugak sorak. hmmm

6. tapak tangan ber wap air

lagi benda hipokrit gua akan buat, sebelum gua membuat balingan, gua akan tadah tapak tangan gua kat tempat yang keluar angin tu, alaaa.. yang kering kan tangan tu, untuk elakkan licin secara langsung menggau prestasi dan balinga bola lu nanti. Padahal kadang kadang, tangan kering je, konon poyo tadah kat mesin angin tu. hmm

ok!
tu la antara sebab sebab gua memang tak suka main boling!
biarla dulu masa tingkatan 3 gua wakil daerah, tapi gua tak tahu macam mana boleh wakil..hmmm

dan gua tertanya tanya, setiap kali reunion, jamuan kelas, dating, mesti kena main bolingg?? ouhh nooo!! kenapa!hahahaa

gua tak suke hipokrit..hmmm
anda bagaimana?haaha

3 ulasan:

  1. kau tak dalami sukan bowling mungkin .

    BalasPadam
  2. Hahahaahha~ xpernah maen boling dan lepas baca nih mungkin xkan :P

    BalasPadam
  3. @no answer: aku paling benci maen boling! =_=

    @nurul faezah: takpayah maen! maen congkak je wak!haha

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails