SUMber KeJADIAn SPErma

Isnin, 13 Ogos 2012

Diari MUNIF 13ogos


Munif pulang daripada kerja. Kerjanya sebagai seorang penarik beca tak sama dengan cita-citanya semasa dia kecil iaitu ingin menjadi PILOT kapal terbang. Setiap kali disindir oleh rakan sebaya atau bekas bekas kekasih tentang kerjayanya dia hanya mampu tersenyum dan menunjukkan jari tengah kepada si pengutuk. Ya! bekas-bekas kekasih, Munif walaupun seorang penarik beca, tetapi dia dulu pernah mempunyai ramai kekasih yang tertarik dengan cita-citanya iaitu PILOT. Bodohnya bila perempuan itu tertarik dengan cita-cita seorang lelaki tanpa menyedari itu benda belum pasti. Lalu Munif ditinggalkan oleh kekasih-kekasihnya apabila hanya mampu menjadi seorang penarik beca.

Dia keletihan selepas seharian memenuhi impian untuk mendapatkan RM30 hanya untuk makan, minum dan bayar ASTRO PVR. Ternyata tidak cukup baginya seorang lelaki tanpa belaian seorang wanita dengan hanya RM30 sehari.

Munif terus mencapai sehelai tuala usang berlubang di punggung kanan sekiranya dia memakai dari kiri atau berlubang di sebelah kiri sekiranya dia memakai dari sebelah kanan ( harap dapat bayangkan dengan mengambil tuala masing-masing).

Cita-citanya untuk menjadi PILOT terencat begitu juga cita-cita Munif untuk mandi apabila menyedari bekalan airnya terputus akibat krisis badan bukan bukan kerajaan yang tidak menepati janji seperti mana badan badan lain yang sering menepati janji.

Dia termenung dibilik mandi. Munif tidak berdaya untuk mengharungi liku-liku kehidupan sebegini lagi. Lalu dia bangun dan membuka Notebook 1Malaysia yang dicuri daripada adik bongsunya.

"....munif_beca77naruto@gigolo.com.."
pantas jari jemari munif menekan keypad notebooknye dan menaip email Pacebooknya...

tiba tiba matanya terpandang pada satu notification

" Syafiq Birthday just around the corner "

ALAMAK! esok harijadi kawan Pacebooknya iaitu 14ogos1990..

Munif yang terkenal dengan sifat suka menambah rakan yang tidak dikenali dan tidak pernah terlepas untuk mengucapkan "SelamatHariJadi" di wall rakan rakan Pacebooknya" lalu munif terus mengucapkan selamatharijadi kepada rakannya iaitu Syafiq Zulkifli ( bukan nama PB sebenar )..

kehkehkeh
errr krek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails