SUMber KeJADIAn SPErma

Jumaat, 13 April 2012

1001 perkara lelaki paling takut dengan awek


ini kisah minggu lepas ..

lu tau tak? fesyen paling stylo kalau nak jalan dekat Kuala Lumpur ialah berkain pelikat?
buat pertama kalinya, gua berkain pelikat jalan jalan di KL..
tapi jalan ke arah kebaikkan, gua ke masjid untuk solat jumaat..

tinggal di hotel bersama kawan baek yang bajet kurus adalah benda paling indah dihiasi dengan solat jumaat bersama sama, dan jarak untuk ke masjid adalah dalam 1KM..
alhamdulilah, gua mampu!
=)

tapi bukan itu gua nak cerita, apa yang gua nak tekan kan dekat proposal tanpa bajet ini ialah :

lu tau tak, tadi gua naek bas untuk pulang ke kg halaman, cita cita gua untuk duduk di dable seat gagal, kerana gua beli tiket single seat. Oleh itu, kebarangkalian untuk ditemani seorang gadis memang gagal la. tiba tiba, ade kapel barangkali, duduk sebaris dengan gua, seraya diorang macam bergadoh, gadoh gadoh sugar glider kot.. tak da keluar suara..

lepas tu, gua buat la macam nak betulkan seluar, baju dan segalanya.. padahal gua nak usya ape diorang buat..

rupanya, si awek sedang membelek handphone lakinya.. dan si laki cuba merampas handphonenya kembali tanpa rasa nak meraba gadisnya.. gua tengok reaksi laki tu memang macam gelabah dan macam tak tentu arah..

terus gua buat hipotesis :
semakin gelabah lakinya, semakin kuat perasaan aweknya untuk geledah isi dalam handphone tersebut..

inferens :
lelaki itu gelabah dan cuak kerana? inbox atau gambar pmpuan lain..

kepentingan kajian :
1. mengenal pasti kesetiaan pakwem/makwe yang kononnya sayang sanad sanan amenda la kan..

objektif kajian :
1. Pastikan pakwe/makwe kite setia.
2. untuk mengelakkan dari kita ditipu dengan mulut manis macam coolblog coklat.
3. mencari cinta hakiki macam pilot dengan pekerja kilang.

pemboleh ubah di malarkan : jenis handphone dan cara message ( handphone yg digunakan untuk inbox awek2 lain dan cara message same dengan semua awek )
pemboleh ubah manipulasi : jenis lelaki ( sifat yang tak sama, biar sama warna rambut pun dan saiz seluar dalam )
pemboleh ubah bergerak balas : kesetiaan cinta ( nak ditengok, setia ke? ensem setia ke? tak ensem setia ke? apa itu cinta )

kesimpulan :
1. gua tak bercinta lagi, tapi pada gua, benda paling lelaki takut selain disepak kemaluannya ialah bila awek dia cek handphone die! bederau darah!

#gua ada pengalaman, memang cuak, sumpah! haha

ok chow, keje prezent melambak minggu ni..bai bai



1 ulasan:

  1. alaaaaaaaaa... ko pon mmg sebaris jerk ngn mamat tuh... huhuhuhu~ 2 yg cuak sgt an?? huhuhuhu~

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails