SUMber KeJADIAn SPErma

Selasa, 8 Mei 2012

wordless RABUday IV!

gua dah lama tak tulis entri tentang WORDLESS WEDNESDAY katanyaaa...!

tapi tiba tiba, hari nie, gua ada benda nak tulis..


ada awek nama 

"RABUNAH!"

sesuai kot dengan wordless wednesday ni..kehkehkeh

gua rasa dia cun..denga kaca mata dia..ok babai


Hilang dalam bayang bayang



gua tangisi kehilangan "jam tangan casio" jam yang diberi oleh ayahanda, jam yang masih megekalkan waktu waktu untuk gua pastikan perjalanan hidup gua sebagai insan bergelar mahasiswa untuk belajar, bersosial dan berlaman sosial. Jam yang gua gunakan untuk melihat waktu azan, waktu masuknya waktu berbuka, masuknya waktu tidor, masuknya waktu ke kelas, dan jam untuk gua tengok tarikh sesuai ponteng kelas dan tengok dragon ball z.

Belum sempat gua berkabung untuk meratapi kehilangan jam hitam ini, gua dikejutkan dengan berita kehilangan kasut futsal "joma". Ya! gua tak pandai main futsal, setakat buat gol 3 4 biji dalam satu perlwanan itu memang biasa. Kehilangan kasut futsal dan jam casio gua menjadikan gua seorang yang pasif tanpa arah untuk ke hadapan belakang kiri atau kanan. kadang kadang, bila gua teringin nak memuaskan nafsu perut ini dengan hanya nasi puteh dan telur dadar, gua TERpergi KFC. kadang-kadang gua nak ke kelas, gua TERsikat rambut. Kadang-kadang gua nak ngurat awek, TERngurat bekas awek.. ini semua bukan kehendak naluri dan jasmani gua. Tapi, semua kerana kehilanganya.

gua cuba, gua cuba mengembirakan hati dan jiwa ini dengan menonton siri "harry potter" dari siri 1 sampai 4, dan gua percaya 5 6 dan 7 akan gua habiskan sebelum gua habis semester. YA! memang semua sibuk cerita tentang kehebatan cerita "the avengers". " battleship" , "upin ipin datang lagi", "janda melaka va va voom". Tapi, gua baru je berpeluang untuk menonton cerita gila stylo ini dan gua harap anak gua nanti akan gua hantar ke sekolah Hogwart itu. Tambahan lagi, Hermione (emma watson) dia sebaya gua. Gua harap dia sedar gua ada like page dia, dan gua ada post something dekat wall dia. hope soooooo...

saka hilang barang terus dan terus menghantui aku. Lepas hilang jam, hilang kasut, dan gua telah kehilangan rambut gua. Ya! ni bukan hilang main main, bukan hilang sehelai dua, tetapi hampir selonggok bulu kambing biri biri yang di cukur bulunya ( metafora ). separuh rambutku pergi. dengan mengunakan hampir 3 orang kederat remaja sebaya aku, rambut gua dirogol, katanya nak macam "daniel agger" tambahan lagi kataya nak macam " ash ketchum " walhal katanya nak sama macam "azuwan roya" atau barangkali "safee sali". Ya! gua gagahkan diri untuk mereka merasai keindahan ciptaan tuhan ini. Potong punya potong, sodok punya sodok, amik kaaau! kahkahkah! dah macam tembikai yang terjatuh dari lori masa nak hantar dekat kedai buah.

HENSEM katanyaa.. mungkin itu hanya kata kata motivasi dari rakan sebaya, itulah kekuatan pengaruh rakan sebaya. Hilang rambut.

tiba tiba, bila gua balik sahaja dari kem akhir "whitewater Rafting", dengan harapan untuk melihat kegemilangan pasukan kegemaran gua yang kadang kadang kerap melakukan drama bangang kalah dengan perlawanan yang entahlaaa... di FINAL PIALA FA, menentang Chelsea, rupanya dah habis.
Gua kehilangan piala FA untuk season ini.

itulah dia cerita hilang, hilang dan LOST.

Rabu, 2 Mei 2012

"poking poking"


Hujan, hujan dan hujan. Dah dekat 3 jam dah hujan memenuhi setiap ruang di kawasan tempat tinggal gua. Apa yang gua harapkan adalah seorang gadis berseluar jean, dan memakai cardigan datang menghampiri gua yang sedang terlantar di atas tilam bercorakan suasana laut duduk di sebelah gua.

Lagu yang baru sahaja gua download tadi gua mainkan bagi mengisi kekosongan diri dan jiwa ini. Bukan gua dambakan suara gua yang sedap atau piching gua yang bagus, tapi minat gua untuk menyanyi tak dapat di elakkan.

Sarcastik, gua mengutuk lagu yang baru sahaja gua download tadi, apa punya lirik "poking-poking" "tagging-tagging" laaa.. apa punya bahasa lagu tu? konon kiutla buat lirik macam tu..

tapi apakan daya, itu sahaja lagu yang gua terdownload, maaflah lagu, gua terpaksa delete lagu ni.. menggerikan kalau gua dengar 2 3 kali lagi, sampai bila takda awek yang nak gua..kehkeh






Selasa, 1 Mei 2012

AKU NURMAN seorang LELAKI

Jam di dinding menunjukan waktu 9.00 pagi, tidak sama dengan waktu di jam tangan gua iaitu masih menunjukan waktu 8.30. Ye, gua memang seorang yang berdisiplin dan gagah dalam melakukan sesuatu perkara biarla daripada zahir sehingga batin. 

Lantas Nurman bangun dengan hanyai sehelai boxer hijau bercorak daun bunga kemboja, Nurman ke dapur yang terletak utara dari  arah bilik tidurnya. 

Dia membasuh beras, untuk menanak nasi dengan tujuan mengisi perutnya yang lapar sebelum ke tempat kerja pada jam 10.00 pagi. Nurman seorang pengawal keselamatan di sebuah syarikat mainan kanak-kanak terkenal di Subang Jaya. 

Selesai membuang air beras yang keruh, dan mengambil yang jernih, Nurman memasukannya ke dalam periuk nasi saiz ukur lilit diameter 40 cm, jenama KUNTAYU yang sudah setahun menjadi hamba untuk menanak nasi untuk Nurman. 

Tiba-tiba..

toookkk! tuukkk! toookk! tiba tiba bunyi pintu kayu gua berunsurkan corak bunga matahari diketuk dari luar. Bodohlah kalau orang yg di dalam pula yang ketuk kan, dah tentu kat dalam rumah gua sorang je. 

dengan rasa merendah diri dan mulut gua yang masih megekalkan bau rokok marlboro yang gua pau dari makcik sebelah rumah gua semalam. 

"kriioooook....! " maaf memang bunyi pintu gua kalau dibukak macam tu.. bunyi macam sexy je.. tapi tak pernah menghairahkan bunyi pintu ni. 

" eh Jaafaarrr! " teriak gua degan nada memerang kesejukan.. Jaafar merupakan member baik gua, tapi gua tau dia datang pagi pagi ni bukan untuk melawat aku, lagi kan nak bawak roti caanai mamak cahaya dekat depan lorong aku tu untuk sarapan,tapi dia datang dengan satu niat lain. 

" gua memang datang rumah lu pagi pagi ni, untuk bau mulut lu dengan duduk depan rumah lu je nurman, memag takda niat lain..." ada dalam 30 saat nada jafar perli gua. 

"kriiiioookkk" maaf sekali lagi, memang bunyi pintu gua macam nie.. 

Haa! masuklah..

Mak lu ada msg gua mlm semalam, dia cakap yang lu langsung tak balik rumah sejak adik lu dapat straight A SPM, lu ape pasal?? tnya jafar kepada aku...

"errmmmm, gua segan brooo..gua segan..gua malu, malu dengan segan kalau dah menguasai diri gua ni, rasa nak terberak pun gua boleh lupa brooo.."

" lu dah kenapa? adek lu dapat 9A lu pulak yang segan, lu cuba cerita dekat aku, meh duduk sebelah aku, baring atas peha aku.. " .. Jaafar memang muka out, takda langsung, tapi dia memang penyayang dan sweet.. sebab tu gua suka kawan dengan dia.

"hurrmmm, gua janji kalau die dapat 9 A gua akan belikan dia sepasang kasut roller blade keluaran KONAMi sport. " keluh Nurman, sambil rambutnya dibelai belai Jaafar.

Gua tau, gua ada tengok dekat Telibiesyen harga Roller Blade tu memang mahal, ada dua bulan gaji lu Nurman, baru lu mampu untuk beli. Macam niela, guna je duit aku ok? aku pun tengah kaya, semalam aku gadai motor aku semata mata untuk aku buat bisnes Popia basah dekat hujung bandar sana. Tapi apa la sangat bisnes Popia tu kalau nak dibandingkan dengan persahabatan kita tambah tambah lagi, gua kenal lu sejak lu gagal UPSR lagi.. Dari awal kenal lu, gua tau gua memang kena banyak bantu lu. 

tapi ingat, adik lu Liyana tu, aku punya, pujuk dia ok? dah lama aku tak topup kredit handphone aku nie.. aku pun dah lupa ringtone handphone aku bunyi macam mana, sebab dah lama daaahhh tak berbunyi.. jadi, lu paham paham laa...

Alhamdulilah, terima kasih laaa Jaafar! nak nanges je rasa.. Tapi Liyanaaa?? eh..adik aku yang Liyana tuu?? hehe die memang cun wehh! siapa je tak nak dia, gua ni nasib baikla abg dia..kalau tak, gua dah kapel dah.. ok laa..nanti aku rekemenkan..heeh

"ouh!hampir terlupa hamba, hamba ada masak nasi di dapur tadi barangkali sudah masak, bolehlah hamba hidangkan kepada Tua Jaafar. Sebentarnya .." gurau Nurman yang kegembiraan..

argghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! arghhhhh!! gua terlupa tekan "COOKING" .. hurmmmmm

_tamat_

 








Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails