SUMber KeJADIAn SPErma

Selasa, 8 Mei 2012

Hilang dalam bayang bayang



gua tangisi kehilangan "jam tangan casio" jam yang diberi oleh ayahanda, jam yang masih megekalkan waktu waktu untuk gua pastikan perjalanan hidup gua sebagai insan bergelar mahasiswa untuk belajar, bersosial dan berlaman sosial. Jam yang gua gunakan untuk melihat waktu azan, waktu masuknya waktu berbuka, masuknya waktu tidor, masuknya waktu ke kelas, dan jam untuk gua tengok tarikh sesuai ponteng kelas dan tengok dragon ball z.

Belum sempat gua berkabung untuk meratapi kehilangan jam hitam ini, gua dikejutkan dengan berita kehilangan kasut futsal "joma". Ya! gua tak pandai main futsal, setakat buat gol 3 4 biji dalam satu perlwanan itu memang biasa. Kehilangan kasut futsal dan jam casio gua menjadikan gua seorang yang pasif tanpa arah untuk ke hadapan belakang kiri atau kanan. kadang kadang, bila gua teringin nak memuaskan nafsu perut ini dengan hanya nasi puteh dan telur dadar, gua TERpergi KFC. kadang-kadang gua nak ke kelas, gua TERsikat rambut. Kadang-kadang gua nak ngurat awek, TERngurat bekas awek.. ini semua bukan kehendak naluri dan jasmani gua. Tapi, semua kerana kehilanganya.

gua cuba, gua cuba mengembirakan hati dan jiwa ini dengan menonton siri "harry potter" dari siri 1 sampai 4, dan gua percaya 5 6 dan 7 akan gua habiskan sebelum gua habis semester. YA! memang semua sibuk cerita tentang kehebatan cerita "the avengers". " battleship" , "upin ipin datang lagi", "janda melaka va va voom". Tapi, gua baru je berpeluang untuk menonton cerita gila stylo ini dan gua harap anak gua nanti akan gua hantar ke sekolah Hogwart itu. Tambahan lagi, Hermione (emma watson) dia sebaya gua. Gua harap dia sedar gua ada like page dia, dan gua ada post something dekat wall dia. hope soooooo...

saka hilang barang terus dan terus menghantui aku. Lepas hilang jam, hilang kasut, dan gua telah kehilangan rambut gua. Ya! ni bukan hilang main main, bukan hilang sehelai dua, tetapi hampir selonggok bulu kambing biri biri yang di cukur bulunya ( metafora ). separuh rambutku pergi. dengan mengunakan hampir 3 orang kederat remaja sebaya aku, rambut gua dirogol, katanya nak macam "daniel agger" tambahan lagi kataya nak macam " ash ketchum " walhal katanya nak sama macam "azuwan roya" atau barangkali "safee sali". Ya! gua gagahkan diri untuk mereka merasai keindahan ciptaan tuhan ini. Potong punya potong, sodok punya sodok, amik kaaau! kahkahkah! dah macam tembikai yang terjatuh dari lori masa nak hantar dekat kedai buah.

HENSEM katanyaa.. mungkin itu hanya kata kata motivasi dari rakan sebaya, itulah kekuatan pengaruh rakan sebaya. Hilang rambut.

tiba tiba, bila gua balik sahaja dari kem akhir "whitewater Rafting", dengan harapan untuk melihat kegemilangan pasukan kegemaran gua yang kadang kadang kerap melakukan drama bangang kalah dengan perlawanan yang entahlaaa... di FINAL PIALA FA, menentang Chelsea, rupanya dah habis.
Gua kehilangan piala FA untuk season ini.

itulah dia cerita hilang, hilang dan LOST.

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails