SUMber KeJADIAn SPErma

Isnin, 19 Mac 2012

kecurangan polistreeene sekitar anda



tahukah anda, sekarang zaman dah berubah??
dulu yusry kawen dengan erra..
sekarang yusry kawen dengaan lisa..

dulu perdana menteri Tunku Abd Rahman..
sekarang Dato Seri Najib..

dulu gua rambut lurus..
sekarang dah tak poonnn....

dulu? kalau nak cakap tentang dulu dulu, gua dulu lahir 14.8, shahila 15.8.. tapi itu dulu laa..

hrmm, sekarang gua nak cerita sebuah karangan tanpa perenggan..

hari sabtu yang lepas, gua dengan yakinnya pergi ke pasar malam, biasala pasar malam, mana ada jual perempuan, jual makanan, donut, sotong dan buah buahan adalah. So, gua lapar, jadi gua tertarik dengan sejenis nasi yang namanya nasi tomato.. gua pun sampai sekarang tak tahu, kenapa nasi itu tomato? sedangkan takda pon tomato masa aku beli.. ermmm ok abaikan.. dengan ghairahnya gua beli sebungkus nasi tersebut dan menghulurkan duit rm4 , secara tak alngsung tersentuh tangan awek yang amik duit tu, rasa macam jodoh.. tapi bukan..hrmm.. ok, seterusnya, gua lapa, dan gua makan la, dengan harapan mengenyangkan.. tapi ternyata bila tangan gua masuk je kedalam polistrene tersebut : lihat gambar rajah



ok, gambar menunjukan, polistrene nipis weehhh! nasi sikit! siottt...=(



polistrene sekarang, penutup lebih tebal dari bekas nyaaa... gua harap nnti boleh bei guna tupperware sendiri..

tapi masih wujud lagi polistrene yang tebal, dan menyakinkan..
ok..krek2

nampak tak percubaan ilustrasi yang tak lawa?hewhew

Selasa, 6 Mac 2012

Ontheway menurut kamus gua



percayakah anda dengan " OnTheWay" kawan kawan lu yang sering berada dalam susah dan senang dan mungkin juga kawan yang berada dalam tandas tatkala lu nak terberak.

"ONTHEWAY" menurut google translate ialah " dalam perjalanan"

tapi apa maksud Ontheway member-member lu dan juga gua?

amri : ko kat mana? aku kat motor dah ni, panass la lahanaat..
juris : aku ONTHEWAY laa..

*juris baru je mand, dan tak pakai baju, makna ONTHEWAY pada juris ialah? baru nak pakai baju

johana : weh!aku kol ko sepuloh kali baru nak angkat, ko kat mana? bas nak jalan dah nie..
tasha : jappp, jaapppp wehh..errmm,,ermmm aku ONTHEWAY..

* tasha baru bangun tido, baru sedar hp berdering, Ontheway pada tasha ialah? baru bangun tido

mustaqim : agak agak 3 tahun lagi ko siap tak? cepatla! dah lambat nak g kelas ni..aku nak mandi jugak!
ghafar : ontheway,ontheway niiii!

* ghafar baru je nak berak, OnTheway pada ghafar ialah? tahi dia baru nak keluar.. errr


ok?gua tahu, banyak lagi, tapi gua malas nak tulis,keje melambak-lambak lagi..

apa makna ONTHEWAY pada anda?kahkahkah

Rabu, 29 Februari 2012

29febuari yang romantik dan sexy..


29febuari2012

gua nak cite ape yang menarik tentang 29febuari?!

1. sila jangan kawen masa tarikh ni, sebab nanti, 4taun sekali lu akan sambut ulangtahun perkahwinan, gila lame nak tunggu dapat hadiah cincin dan ciuman baru.

2. jangan declare dengan awek pakwe yang lu suke, sebab gua risau kalau tiba tiba lu tak sempat tunggu 4 tahun untuk ulangtahun nak sambut kat genting, tiba2 dah putus.. kah kah kah

3. sila save message atau call history pada harini, sebab kena tunggu 4taun lagi baru lu leh jumpe tarikh macam ni..

4. sila beli barang yang ada warranty, sekarang, tarikh29 ni, sebab kalau dia tulis warranti setahun dari tarikh ni, mana nye, lu akan dapat 4 taun!! gila gila! aha

5. kalau lu jenis takda duit nak sambut ulangtahun, boleh gak kawen tarikh ni, boleh save 4 tahun akan datang untuk date! takdala kena setiap tahun..haaaa

6. tipu mmber lu untuk belanja diorang makan, minum, karoke, boling, pada 28febuari bukan tahun lompat, dan cakap nak belanja 29 febuari, so?otomatik, lu tayah belanje..aha


kah kah kah! bosaaaaannn ^___^

Rabu, 15 Februari 2012

6 sebab main BOLING boleh mati pucuk




kalau bola baling sukan paling pantas di dunia..
kalau bola sepak sukan paling polpular di dunia..
kalau hoki antara sukan paling berbahaya..
kalau bola kocek, antara sukan paling lucah di dunia..

bagaimana dengan boling?
walau nama gua syafiq zulkifli, nama kembar seiras lain jantina dengan pemain boling malaysia sazlin zulkifli, tak bermakna gua hebat bermain boling.

pada gua, boling adalah salah satu sukan paling hipokrit pada diri gua, jasad, jasmani dan rohani gua, dan mungkin juga kepada lu.. secara jujurnya gua sangat hipokrit bila bermain boling bersama rakan taulan sahabat upin ipin dan jozan sekalian.

6 SIKAP hipokrit gua jika bermain boling.

1. pura pura kuat

tgn saiz tebu, konon pergi jalan satu pusat boling, semata mata untuk cari bola boling sesuai, warna menarik dan berat. kederat nak angkat tayar basikal pun semput, cari bola boling 11,12,13,14.. macam haram. Bila baling, buat buat tangan macam tak sakit, tapi tuhan je la yang tau.

2. tepuk tangan untuk kawan

macam biasa, bila kita duduk tunggu turn member kita yang jalan pun berkepit, tangan lembik, bibir kembang, tak pernah main boling. Bila dia baling je, terusss! strike! ok Strike! memang kebetulan! haha jadi, kita sume kawan kawan dengan gembira, sorak! yeah! hebat la kau usman! hebat! tepuk2! gua yang terpaksa hipokrit terpaksa tepuk dan sorak! yeah!! bags usman! macam roger federer! ( dalam hati, geram je..)haha

3. sorak untuk strike

sama macam situasi atas, gua akan terus menghipokrit kan diri gua dengan sorak sorak dan sorak! member yang baling macam hidup segan mati tak mahu, bola boling bergolek sepoi sepoi bahasa jepun je, tiba tiba strike! ok! sila sorak! hmmmm

4. tak dapat spare

bila balingan pertama gua hanya tinggaaal satu pin je yang tak jatuh, dengan muka dan gaya hipokrit, gua akan buat balingan kedua dengan harapan dapat spare, tapi tiba tiba, ku harap hujan di tengah hari, rupanya panas esok hari. Tak jatuh pun satu pin lagi, jadi gua akan buat muka frust, kono kecewa macam mati awek. padahal, gua tak kisah pun.. sebab gua memang tak minat. hmmm

5. jalan berlagak

benda mesti kena buat bila lu baling je bola yang warna "pink spender maknnyah" tu, dan STRIKEEEEEE!! lu akan berpaling dan jalan menghadap member member yang sedang bersorak untuk lu, tepuk tangan dan menjerit jerit nama lu, kompem gua akan buat muka tak nak berlagak, tapi demi jaga hati member member gua buat muka bangga sebab STRIKE, tapi gua percaya diorang pun terpaksa jugak sorak. hmmm

6. tapak tangan ber wap air

lagi benda hipokrit gua akan buat, sebelum gua membuat balingan, gua akan tadah tapak tangan gua kat tempat yang keluar angin tu, alaaa.. yang kering kan tangan tu, untuk elakkan licin secara langsung menggau prestasi dan balinga bola lu nanti. Padahal kadang kadang, tangan kering je, konon poyo tadah kat mesin angin tu. hmm

ok!
tu la antara sebab sebab gua memang tak suka main boling!
biarla dulu masa tingkatan 3 gua wakil daerah, tapi gua tak tahu macam mana boleh wakil..hmmm

dan gua tertanya tanya, setiap kali reunion, jamuan kelas, dating, mesti kena main bolingg?? ouhh nooo!! kenapa!hahahaa

gua tak suke hipokrit..hmmm
anda bagaimana?haaha

Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails