SUMber KeJADIAn SPErma

Selasa, 12 Jun 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus dan janggutnya

gua ni dah ada akaun tuwiteeerr, jd gua lebih suka lepaskan dan ceritakan ape segala yang berlaku dekat tuwiter gua, ye, gua ada tuwiter, tapi gua takda sedikit niat pun nak suruh lu semua folow, apela sangat gua ni nak kene folow semua bagai, gua bukan malik nor ataupun caroline protege ella tuuuu ala, yang menang MENTOR 6 tu, tunjuk ajar ku siffuuuuu, yang akak ogy, boleh dah tunjuk dekat protege die suruh pakai tudung, kata sifu..tunjukla baik2 kan? tapi kalau anas rambut jenis kembang semangkuk, tak kan abg FT nak suruh die luruskan mcm dia, aset tuuuu! boleh letak piala dalam rambut..kehkehkeh

so, jenis cakap takda point memang jenis gua, dan gua bakal praktikal. Gua tak tahu gua bakal kena main atau dimainkan atau permainan ini permainan errmmm, merepek. 

Ustaz Azhar Idrus, sejenis nama eh bukan, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah masa kini. Era pembangunan negara yang maju, seiring dengan ekonomi serta agensi pelancongan yang serba boleh blablablaaablabaaaaa baaa baaaa black sheeeppppp..errrr,, ermmmm 


gua sebenarnya nak kongsi la serba sedikit apa yang gua dapat masa gua hadir ke majlis ilmu ( ceramah ) yang disampaikan oleh pemenang kategori angkat berat bawah 10kg, Ustaz Azhar Idrus..heee sumpa menarik! dapat tengok depan depan, dapat tengok tepi tepi, dapat tgk kiri kiri, dan dapat tgk kanan kanan ustaz ni memang sesuatu yang menggagumkan. loghat terengganu dia yang mudah dan aku memang dapat pahamla, mana taknye, daripada matrik sampai ke U, sampai dah nak praktikal, kawan2 gua semua kecek kelate ganu, ganu kelate..walaupun dua negeri ni gua belum pernah sampai kot. kalau pernah pun masa kecik. dan gua pernah nak sampai, masa gua kapel dengan awek ganu, tapi jodoh takda, jd tak sampai-sampai. ok, jadi gua nak terus kongsi adalah seperti berkut :

1. Poster dan Banner
Boleh dikatakan sepanjang panjang jalan, atau dekat mana2 bangunan, trafiic light mesti lu semua akan nampak banner atau poster "ceramah agama" daripada ustaz sekian sekian, " kempem derma daraaaaaa h " , "pesta tiang" dan juga "sambutan KPOP sebelia sejutaa". jenis negara maju ni, kalau lu tak geti membaca gua tak tahu la, jadi UAI cakap, kita ni same macam lembu kalau kita jenis baca tapi tak pernah nak pergi, sombong nak datang, sombong nak tengok , maksud gua bukan tarian tiang semua tu, jangan jadi banggang ok?haha "ceramah agama" baca semua details2, tapi tak nak pergi. umpama gantung banner2 dekat kandang lembu, lembu baca, tapi lembu tak da nak datang nye ke majlis2 macam tu? tak gituuu? 

2. Kenduri Kawen
" timaaahhh, kalau kau tak datang majlis kawen anak aku ni, siap ko, aku ungkit segala hutang2 ko kat aku "
" alaa, bang, jiran tiri kita ada wat majlis hari jadi anak dia la, sebab anak dia dah sunat, kene pergi ni"
" johan johan, member gua , sperma dengan ovum dia dah nak bersenyawa nie, gua kena dtang tgk, ada makan2 katanya "

tu antara dialog2 banggang yang gua reka adaptasi dari ceramah UAI. apa yang nak disampaikannya, kita ni kalau ada kenduri kawen2, majlis makan2, pesta buih dekat rumah member atau sedara2 kompem kena datang! tak boleh miss, nnti bisnes MLM tak leh jalan, nanti gadoh masam muka . biarla lu duduk kat johor sedara lu duduk kelantan. nak tak nak kena pergi, biarla esok keje, pergi kelantan dari johor balik hari, kalau tak kebas telor lu gua tak tahu laaa.. jadi, kita nie majlis jauh2 sanggup pergi nak jage hati sedara, tapi masjid surau sebelah rumah, depan rumah, nak pergi memang takla, biarla maghrib sekalipun.. sori, gua solat kat rumah jee..


3. Waktu kematian 
lu selalu main game, tak kisah la lu man brick game sekalipun, mesti kalau dah kalah, dah habis nyawa, lu akan " Game Over" betul? ada bila lu dah Game Over, tbe2 hidup balik? ada memang boleh hidup balik, kalau lu off game, lu on semula. samala macam kehidupan ni, bila dah tiba waktu mati, takdanya kita nak suruh malaikat rilek dulu nak rasuah malaikat supaya amik nyawa lambat sikit. kalau malaikat nak amik lepas game Euro England vs France semalam, dia akan amik. Malaikat tak derhaka pada Allah. jadi?sama2 kita menambah ibadat..=)

4. Anak 

Lebih afdal sekiranya anak2 yang akan memandikan mayat ibu atau bapa kita. nie anak belajar sampa German, sampai Poland semua. nama kos yang lu semua amik, memang susah nak sebut memang gempak la. anak ada 4, 4 4 master, degree, Phd semua. tapi bila suruh mandikan mayat, tak tahu.. suruh orang lain. kita kena belajar sikit-sikit, supaya kita boleh mandikan ahli keluarga kita. InsyaAllah..

5. Bercinta 
memang tak nafikan la, gua pun memang nak bercinta, nak gak main post-post kat wall awek gua, I LOVE U, I MISS U, I NEVER LEFT RIGHT U semua bagai, tapi gua tak tahu la, jenis tak bersedia pun ada. ok abaikan. UAI cakap bercinta lepas kawen lagi seronok. Basic, semua tahu kan? gua saje kongsi2

ok! itulah serba sedikit apa yang gua dapat kongsi ilmu UAI bagi, memang kebanyakkan benda ni, lu semua tau, dah tau, tapi nak buat tu susah. benda baik memang susah nak buat. kena paksa, lama2 ok kot.. gua pun jahat, ada gak pergi tarian tiang semua..kahkahkah ada juga buat jahat, sapa tak buat jahat? tapi kita kena berubah, tak banyak, sikit..tak sikit, secebis.. lama2 insyaALLAH la.. gua kongsi ni, untuk diri gua sendiri jugak.. betul, kalau gua ada silap, ingat2kan la yep..=) kalau tak buat, dapat ingatkan kawan2 pun bagus..same2 la kitaa.


gua ingat nak cop la yang kanan sekali ni.. 
hyeee saya syafiq..=)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

pAsuNk TELingA!

Related Posts with Thumbnails