SUMber KeJADIAn SPErma
Selasa, 14 Mei 2013
AnysSyuhada
Isnin, 25 Mac 2013
Serpihan Kaca di Dada
ok, dahla, gua update ni sementara tunggu game CandyCrush LOADING, game yang sering jadi bualan awek-awek dan jejaka jejaka yang ketandusan aktiviti tatkala hidup ni. So, dah habis loading, gua nak main. Ok..
Selasa, 5 Mac 2013
MISSING YOU dan MISSING PEOPLE tak sama
Kenapa mesti hilang? kenapa mesti perempuan? kenapa mesti ikut lelaki? kenapa mesti baucer buku 250 sahaja? kenapa mesti liverpool di tangga ke 7 sekarang?
Apa yang gua nak ceritakan ni bukanlah nak acah acah ejen perisik atau pasukan bomba berseluar celoreng yang semangat juang tinggi. Tapi hanya sebagai peringatan seorang jejaka kepada adik awak, akak awak dan juga akak angkat atau bakal awek awak semua.
Jangan mudah percaya kata kata orang yang baru dikenali, tak kirala jiran lu ke, jiran kanan kiri ke, kawan mak ke, atau justin bieber sekalipun yang ajak keluar, percayala memang die bukan justin bieber, sebab bodohlah die ajak lu keluar, selena gomez nak letak mana.
kalau hanya dengan BR1M rm500 yang dijanjikan kepada lu semua, agar boleh hidup bahagia selama setahun, janganla sesuka hati ikut, keluar dan serahkan no telepon.
Dan, janganlah lu ikot si dia yang dicintai di sayangi ketat ketat sehingga ke lahad datu, kononya teman semasa berperang di sana, si bagang sahaja yang bawak awek pergi berperang, walaupun masa usya, hujan emas, lautan api dan gunung everest dijanjikan sehidup semati.
Ingat kedua ibubapa kita, ingat keluarga, tak ingat diorang, lu tgkla cermin, mesti ade iras2, kalau ayah ade tahi lalat kat hidung, memang kurang probability tahi lalat lu kat hidung, cume adela tahi lalat kat memana. OK ini dah merepek.
So?jagalah diri. Sayangi diri sendiri dan sayangi keluarga anda.
Isnin, 21 Januari 2013
CARA MEMOHON REBATE SMARTPHONE RM200
Zaman yang harus dikelilingi awek ini, mustahil bagi seseorang homosapien bernama manusia tidak memiliki smartphone! semakphone bukanlah tatabahasa baru dalam dunia bahasa kala ini. Semakphone la mampu menjadikan kita ni, terutama rakyat Malaysia mampu bersaing dan berfikiran terbuka seperti mereka mereka di luar sana. On je WIFi, On je Bluetuuuuth semua maklumat semua video dari yang berpakaian terus ke bogelan mampu di simpan. Kehadiran semakphonne dalam kamus hidup manusia zaman sekarang menjadikan masa depan HOTLINK, CELCOM, DIGI UMOBILE dan masa depan PUBLIC PHONE berada pada tahap kritikal. Kalau dulu, bila nak beli simkad, kene tengok awek dulu pakai no maxiss ke celcom ke, kalau awek pakai maxis, kene la beli no maxis, baru boleh sms manja manja, buat pangilan berahi tanpa risaukan kredit yang mahal kene telan. Lagi sweet, beli no sama je pangkal, beza belakang je, bajet macam APEK LEUNIEY kononyee sweetnye, padahal beli SIMKAD je.. kehkeh
Sekarang, pakaila no Indonesia, brazil atau no sekalipun, awek pakwe berada di luar kawasan pon, dengan aplikasi semakphone, sesiapa sahaja boleh berhubung dengan wazapp la, BBm la, Viber la, TANGO la, g stringla..kahkah takperlu risau tentang kredit kene telan ke bagai.. semudah ABC ...
Oleh itu, usaha kerajaan untuk menjadikan rakyat malaysia hidup seiring dengan teknologi, " REBATE RM200" akan diberikan kepada mereka yang berumur 21-30 tahun untuk membeli ape jua jenis smartphone.
Bila tanya tentang laman web gadis ini, gadis itu, laman web video itu, video ini, budak baru belajar pakai kasut ikat guna tali pon boleh tahu. Tapi takpa, gua dah beri lu Link untuk memohonya. Bila dah mohon, cek kat bawah sekali entri ni.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!
dan pada sesiapa yang dah berjaya memohon, tamat tempoh untuk menebus REBATE itu adalah selama 1Bulan dari tarikh permohonan. Lu boleh ke laman web berikut untuk mengetahu promosi dari setiap syarikat telekomunikasi tentang rebate RM200 ini :
AKHIR kata , orang memberi,kita terima, apabila tiba waktu mengundi?IKUT SUKA..hehe
Ahad, 9 Disember 2012
Apnoea Syndrome dan Liverpool
Jumaat, 16 November 2012
Terengganu
Terengganu pernah dikategerikan sbgai negeri idaman gua selepas Amsterdam, Belanda.
Semua bermula masa gua bermain cinta dengan minah terengganu di kampus. Jodoh yang tidak berpanjangan dan alasan tiada keserasian adlah alasan klise apbila ditanya tentang apakah masalah hubgan anne dan wafi maslah mimi dan nrman serta radhi dan isteri. Begitu juga gua..kahkah
Dan pada hari ini, gua berjaya menapak ke terengganu selepas harapan untuk ke terengganu semaasa bercinta gagal.
X 0 X 0
Istanbul rm 11
Macam biasa jam 8.30 malam gua dann pasangan gay gua cuba mengisi masa lapang untuk menonton wayang..setelah gagal mencari teman wanita sementara hanya untuk berfoya.. Akhirnya kami mbuat kata putus untuk setia bersama. Kapok bukan nama sebenar, selepas hampir 3 tahun tak berjumpa kini kehidipan dia sgt berubah tapi masih mengekalkan kebangganganyaa..kahkah ada kereta kampeni ad laptop kampeni ade unifi ada umah kampeni..bahgia dah mamat tu!
Gua telah memoohon cuti dengan rasuah bos gua Tie dan Tali Pinggang kulit untuk dia pergi temuduga SPA. Jadi, gua dapat cuti mengalahkan bakal pengantin.
Johor - Ampang - Tg Malim - Terengganu
Hampir 450 Km gua dan rakan rakan akhirnya sampai di rumah pengantin Mat Saja dan Minah Saja.
Alhamdulilah dngan Sekali Lafaz pengomen dan pengelike tegar post FB gua dah kawin.. !
Tapi sbbnrnye gua nak bgtau tentang gua tengok Istanbul dengan Kapok di MBO Ampang..
Apa yang gua nak cakap "PenatBermainEmosi dan BerperangDenganPerasaan'
"Saya taknak peluang kedua awak, saya hanya nak satu peluang ni je "
X 0 X 0
D
Publish
Selasa, 14 Ogos 2012
Merendah diri 4
"...tak tau nak tengok siaran apa dekat tv nie banyak sangat..yang rekod lain..yg ulang ulang lain.."
#yee.! gua tau uma lu ada astro PVR..hmmm
Merendah diri 3
"..macam mana boleh tak perasan bunyi bbm masuk nii.."
#weehh cakap jee lu ada Blacberi bold slide androidd...ape ada hal.. duit lu..keh
Merendah diri 2
"...peningnyaa tgk awek aku nak amik perisa pewarna jenis yg mana satu untuk tutti putti.."
#fak fak! cakap je lu dekat tuti fruti date dgn awek
Merendah Diri 1
"..tak perasan banyak pulak baju raya aku warna kuning tahun nii.."
#cakap je ko raya tahun ni macam artis..banyak baju raya..
Isnin, 13 Ogos 2012
Diari MUNIF 13ogos
Dia keletihan selepas seharian memenuhi impian untuk mendapatkan RM30 hanya untuk makan, minum dan bayar ASTRO PVR. Ternyata tidak cukup baginya seorang lelaki tanpa belaian seorang wanita dengan hanya RM30 sehari.
Munif terus mencapai sehelai tuala usang berlubang di punggung kanan sekiranya dia memakai dari kiri atau berlubang di sebelah kiri sekiranya dia memakai dari sebelah kanan ( harap dapat bayangkan dengan mengambil tuala masing-masing).
Cita-citanya untuk menjadi PILOT terencat begitu juga cita-cita Munif untuk mandi apabila menyedari bekalan airnya terputus akibat krisis badan bukan bukan kerajaan yang tidak menepati janji seperti mana badan badan lain yang sering menepati janji.
Dia termenung dibilik mandi. Munif tidak berdaya untuk mengharungi liku-liku kehidupan sebegini lagi. Lalu dia bangun dan membuka Notebook 1Malaysia yang dicuri daripada adik bongsunya.
"....munif_beca77naruto@gigolo.com.."
pantas jari jemari munif menekan keypad notebooknye dan menaip email Pacebooknya...
tiba tiba matanya terpandang pada satu notification
" Syafiq Birthday just around the corner "
ALAMAK! esok harijadi kawan Pacebooknya iaitu 14ogos1990..
Munif yang terkenal dengan sifat suka menambah rakan yang tidak dikenali dan tidak pernah terlepas untuk mengucapkan "SelamatHariJadi" di wall rakan rakan Pacebooknya" lalu munif terus mengucapkan selamatharijadi kepada rakannya iaitu Syafiq Zulkifli ( bukan nama PB sebenar )..
kehkehkeh
errr krek
Selasa, 7 Ogos 2012
Fuad Dan Ogawa
Tiba-tiba matanya memandang secara langsung ke arah Jam Dinding yang dimenanginya semasa die mendapat hadiah cabutan bertuah semasa di bangku sekolah lagi. Jam itu masih berfungsi dan masih mengekalkan kedudukan jam tersebut di dinding di ruang tamu rumah Fuad.
Dia cuba bangun dari kerusi Ogawa yang dibeli secara hutang sebulan RM10.40 dan di ikat selama 7 tahun.
Namun hasratnya terbantut untuk bangun dari kerusi nya itu kerana dia hanya NIAT untuk bangun dan tidak BERUSAHA.
Akhirnya dia sambung duduk di atas kerusi Ogawa dan tidur. Itulah kehidupan Fuad dan kerusi Ogawa nya.
Isnin, 30 Julai 2012
pakcik LEJEN wujud bila bulan ramadhan
lu tau tak apa itu pakcik legend? mohon jangan tanya cikgu BI, cikgu MATH atau cikgu cemerlang GC.
sepanjang bulan ramadhan kalau lu tau apa itu solat teraweh, mesti lu tau apa itu pakcik legend! tapi kalau sepanjang bulan ramadhan lu hanya berpuasa tapi solat fardhu ntah ke mana, tengok benda bukan bukan, korek hidung dan tengok peha awek dekat bazar ramadhan, sila kawal! ok..krek
PAKCIK LEGEND ni wujud sejak zaman neolitik lg, zaman neolitik ni pada aku ialah masa aku sekolah rendah lagi, aku ni bukanlah seorang budak surau, tapi kalau ke surau untuk jumpa member, makan free, maen lumba lari, beli ais krim 20sen tu, selalu la gua ke surau ( itu zaman dulu ) sekarang alhamdulilah la, walaupun jahat, tapi masih tau apa itu surau..=)
So, setiap surau yang gua pergi, surau yang ada makan makan lepas teraweh ( MOREH ) akan wujud satu pakcik berbaju putih pagoda dan kopiah putih, gua syak ni uniform rasmi pakcik ni. Diorang akan menyediakan makanan, minuman untuk semua jemaah lepas teraweh, dia akan susun pinggang, kuih dan segala semasa jemaah sedang teraweh.
pakcik ni memang LEGEND, gua ingat nama pakcik dekat surau gua namanya CIK MAIL, dia memang legend, time berbuka, dia ada sediakan makanan, time sahur dan time moreh.
so?sila kenal pasti pakcik legend lu..
sekian..
selamat berteraweh! =)
Jumaat, 27 Julai 2012
Sunyi
Entahlah..bila gua pikir..bila gua duduk sesorg. .bila gua tgk mmber gua gembira dgn fmly masing masing..terdetik dalam hati guaaa..gua rindu sumpa rindu ibu gua.. Dah 2tahun die pergi.. Tapi gua kena kuat adek2 gua lagi sedeyh..ntahlah...gua nk ksh syg ibu..ibuuu..hmmm
Selasa, 24 Julai 2012
iLOVEu
Gua dah mula cintakan kerjaya gua sebagai pencadat sotong berwawasan skarang..
Gua harap gua akan terus diberikan kekuatan ini..
Nak kahwin
Ok! Tahniah kepada diri gua sendiri kerana nama syafiq ini sudah berjaya menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis pilihan hati yang bakal menduduki PMR la nye pun....
Gua harap lu paham ayat tanpa titik dan tatabahasa di atas.. Apa yang gua cuba sampaikan ialah..tentang perkahwinan awal antara budak nama syafiq 16tahun dengan isterinya yana 14tahun..
Gu hairan..macam macam komen negatif gua dapat tgk bila budak ni dah kawen..
Pada aku. .alhamdulilah.. Kurang satu pasangan melakukan maksiat dan walaupun guna duit.mak bapak nak sara hidup..diorang telah membuat pilihan betul.. Pada gua kalau lu tak kawen pun..lu mintak duit mak bapak nak beli spender lu..spender awek lu mungkin dan mintak duit nak beli tiket wayang..
Arah saliran duit tu..sama jee...
Sekian
Ahad, 8 Julai 2012
syukur telor tak tertinggal
waghhh!! gua menyewa di durian tunggal, kg belimbing dalam, Netherlands..
kawasan tempat tinggal gua memang agak menyeramkan bagi wanita yang baru datang haid dan pada kami..mula mula memang cuakk..tapi alhamdulilah..dah boleh tinggal ssorg bila mmber semua keluar melempiaskan nafsu masing masing.. tapi?kalau malam?memang tak laaaa gua nak tinggal ssorg..
ni akibat gua tinggal ssorang.. ahad yang damai tanpa kasih sayang gua malas nak ikot mereka keluar berfoya kerana poket gua yang dah kering.. baru 2 minggu praktikal gua dah kering gara gara cita cita gua untuk dapatkan benda ni.. benda apaa??adalaaahhh..kehkeh
gua yang ditinggalkan ssorg terpaksa keluar sebelum malam menjelmaaa..bila malam menjelma kompem gua akan terbayang macam2 drama melayu yang seram seram akan bermain doggy style di minda aku..
dari teratak sewa gua ni untuk nampak sinar cahaya jalan utama adalah dalam 2km..tempuh laut api panjat buki baru sampai jalan utama..
gua gerak ke alor gajah dengan sebatang motorsikal mmber ga dengan harapan cari barang..
adalah dalam 2 hari baru sampai bandar alor gajah..kahkah so gua amik barang in barang itu..memang muka yakin macam muka pemain kelantan menang Liga Super 2012..
sampai je kat kaunterr..dengan nada berlagak..'kak. .kiraa kak.' seraya gua tanyaa 'kak,bundle kat area sini kat mana??' die pun citela sinopsis lokasi bundle tu..
tibaaaa tibaaa..sedang gua meraba akak tuuuu...eh bukann..merabaa beg guaa..tiba tiba dompet guaa tak bawak!! fak!! punya jauh gua nak sampai?? tapi dompet tak bawak?? naseblaaa telor maseh lekat lagi..so gua blaaah..
guaa kol mmber2 gua sama ada diorang dah balik ke tak..malangnya naseb mamat looser macam guaa..diorang lum balek.. so nak patah balek ke rumah semata mata untuk dompet, memang seraaammmmlaaa!! dengan lampu motor boleh tak menyalaa ntah datang bulan ke apaa.. tak kan nak harapkan lampu kelip kelip jeee?? sekali lampu kelippp ada benda dpn lu??memang pengaruh kuat cite.melayu..menyesal gua tak layan runningmaaann..kehkeh
so..gua menapak kat kedai simpang duriaan tunggal ni.. smentarq tunggu kawan gua datang bawak harapan..kehkeh sekiaann...
p\s:
1. Jarak uma sewa ke tempat praktikal ada dalam 15min dengan.kelajuan 70km sejam..
2. ada rumah freee di tempat praktikal guaa.. tinggal berak je basuh sendiri..tapi dah duduk sama sama dengan mmber..byr duit makan je..sebab uma family mmber gua yang kosong..
sukma pahang
Hyeeee semuaaa kengkawan titew di blog ini tak kira yang sedang bercinta bakal bercinta atau baru je ditinggalkan..
guaa sedang menjalani latihan praktikal di Melaka..di mana tempat gua praktikal? inbox ok?kahkah blog mana ada inbox..
gua dah lama tak update sebab bz sgt sgt..dan sekarang terdetik untuk gua update sebab gua ada benda nak cerita..kehkeh
btw..gua update guna handphoneeee jee... styloo tak?? krek
Isnin, 18 Jun 2012
Skandal Seks Belanda dalam EURO2012
![]() |
| WELCOME HOME =') |
ye, gua bukan sokong sebab baju dia lawa atau gua suka makan oren or ape ape lawak KLISE nak disamakan dengan nama belanda atau oranje ni. Gua memang fanatik belanda sejak dari bangku sekolah lagi. Gua minat sejak zaman abg stylo Edgar Davids, Van Der Vart, Dennis Bergkamp dan Rafael Nadal. Dan apa yang gua tahu untuk belanda sekarang adalah kalah, tamat dah kempem EURO Mark van Marwijk. 3 game berturut turut kalah, kalah kalau dengan german boleh terima lagi, tapi perlawanan pembukaan je dah buat gua rasa belanda ni bergurau, dengan DENMARK pun berjaya tumpas. errmm. Gua tgk perlawanan pembukaan semua pemain belanda ni macam nak tunjuk hebat masing masing, jenis tak buat gol sorang, gentel gentel dari bawah ( bukan gentel benda bawah ) ke atas, lepas tu, jenis nak skor sendiri. Peranan van Persie memang tak nampak, sedangkan die tak dikawal. Perlawanan kedua, lebih kepada attacking kiri kanan, depan belakang, kurang dah ego pemain semua, tapi jenis barisan pertahanan yang menghampakan. macam abg HasbullahAwang tweet "pasukan belanda macam pamela anderson, padu di atas, tapi longgar di bawah" tipu kalau lu tak kenal sape pamela anderson, gua malas nak melucah, lu google ok. Perlawanan ketiga, peranan penyerang macam takda, bukan tak dapat bola, dapat pun tak berpeluang hold bola. Gua tak tau statistik van persie dengan hunterlar pegang bola berapa kali je, kena mark gila gila. Bila dah bolos, jenis nak menyerang, masukan pulak affelay, keluarkan defend muda william, motif gua tak tahu. dah main 3 defend kena layan kelajuan nani dengan ronaldo, memang taklaa..
Apa yang gua tahu bila menyokong Netherland untuk kempem EURO 2012 ini ialah sama macam :
1. Bila belanda lu kalah dengan DENMARK, gua rasa macam gua telah gagal mengurat Jiran sebelah gua. yela, Denmark, bukanlah nama besar dalam bola sepak ni, main badminton powerla kan. Jadi sama macam awek jiran sebelah umah lu, lu hari hari nampak, memang lu kenal, kalau ngurat kompem dapatla awek jiran sebelah rumah ni, memang sure dapat! biarlah lu muka takda shape pun, tapi tiba tiba lu ngurat tak dapat. errr
2. Bila Belanda lawan GERMAN. situasi ni sama macam lu mengharapkan Ex pakwe makwe lu sms lu "selamat pagi awak, mulakan hari dengan senyuman" . Nampak tak? benda yang bukanlah mustahil nak berlaku, tak mustahil bekas awek pakwe lu sms lu untuk bertanya khabar. Sama macam, bukan susah sangat nak menang lawan german, tapi defensive kena kuatla. Gua harap seri pun cukuplah dengan german, tapi saje buat bergurau lagi, kalah pulak dengan german.
3. Bila Belanda lawan PORTUGAL. perasaan masa tengok perlawanan ni sama macam lu dah dapat no awek lu nak ngurat, tapi lu tak pernah sms dan call, lu cuak, lu takda telo. Bila van der Vart buat jaringan pembukaan, gua dapat rasakan belanda memang akan menang , vander vart buat gol sama macam dapat no awek. tapi bila bolos dan bolos dan tak boleh serang, perasaan sama macam lu takot nak sms atau call awek yang baru lu dapat no tadi.








